Intel Sah Akan Jadi Pengeluar Cip Untuk MediaTek

Pengeluar cip, Intel Corp, mengesahkan mereka akan mengeluarkan cip untuk MediaTek Inc, salah satu syarikat reka bentuk cip terbesar di dunia.

Selain faundri seperti Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) yang membina cip yang direka bentuk oleh syarikat lain, Intel terkenal dengan membuat cip yang direka sendiri.

Presiden Intel Foundry Services, Randhir Thakur, berkata ini dapat membantu mereka berkembang ke Taiwan dan menembusi pasaran Taiwan.

Walaupun Intel tidak mendedahkan bilangan cip yang akan dihasilkannya untuk MediaTek, Intel berkata produk pertama akan dikeluarkan dalam tempoh 18 hingga 24 bulan akan datang dan akan menggunakan proses teknologi yang lebih matang, iaitu Intel 16, dengan cip yang digunakan untuk peranti pintar.

Intel sebelum ini turut mengumumkan bahawa syarikat faundrinya telah menandatangani perjanjian dengan Qualcomm Inc dan Amazon.com.

Sumber: Intel

Berkaitan