Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tng lazada

Lazada Dan Touch ‘n Go Labur RM750 Juta Dalam TNG eWallet

Diterbitkan Julai 26, 2022 ยท Dikemas kini Julai 26, 2022 oleh Nadiah Ab

Lazada Group semalam rasmi menjadi pelabur bagi syarikat induk Touch ‘n Go eWallet, TNG Digital Sdn Bhd, yang secara majoriti dimiliki oleh CIMB Group Holdings Bhd dan Ant Group China.

Turut diumumkan TNG Digital telah mengumpul RM750 juta daripada pembiayaan ekuiti terbaharunya, yang diterajui oleh pelaburan baharu oleh Lazada dan pelaburan susulan oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd.

Bagaimanapun, jumlah sebenar yang dilaburkan oleh Lazada tidak didedahkan.

Touch ‘n Go berkata pelaburan baharu itu mengukuhkan kejasama antara peneraju dalam dua segmen utama, iaitu eDagang dan juga perkhidmatan dan pembayaran kewangan digital.

Ini menjadikan jumlah amaun pembiayaan terkini yang dikumpul oleh TNG Digital dalam tempoh 18 bulan lepas lebih RM1 bilion.

Selain Touch ‘n Go dan Lazada, pemegang saham lain TNG Digital termasuk Ant Group, syarikat insurans AIA Group, dan BowWave Capital yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Sumber: Lowyat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY