Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengarang: ariff bukhari

Teknologi Hologram AI Bakal Memenuhi Ruang Rumah Anda

Teknologi Hologram AI Bakal Memenuhi Ruang Rumah Anda

Teknologi hologram bakal memenuhi ruang rumah sedikit masa lagi apabila pelbagai syarikat teknologi mula menampilkan produk hologram mereka di CES 2026. Antaranya adalah Razer menerusi Project AVA telah memperkenalkan peneman meja pintar dengan hologram animasi setinggi 5 inci yang mampu bergerak secara semula jadi, lengkap dengan ekspresi wajah dan penjejakan mata. Lebih daripada sekadar alat…

Lenovo ThinkPad Rollable XD

Lenovo Perkenal Laptop Dengan Engsel Bermotor Dan Skrin Boleh Gulung

Lenovo mencuri perhatian di CES 2026 dengan mempamerkan 2 model komputer riba yang menggabungkan teknologi futuristik. Menerusi model ThinkBook Plus Gen 7 Auto Twist, Lenovo memperkenalkan sebuah komputer riba dengan engsel bermotor yang membolehkannya memutarkan skrin secara automatik mengikut kedudukan, mod, atau sudut persembahan. Ia menjadikan peralihan antara mod notebook, tablet, dan perkongsian lebih lancar…

Kaspersky #1 From Phishing to Profit, How Stolen Data is Sold on the Dark Web

Harga Set Data Yang Dijual Di Pasaran Gelap Didedahkan

Kaspersky mendedahkan bagaimana data yang dicuri melalui serangan phishing terus menjadi senjata berbahaya di pasaran gelap. Kaspersky melaporkn, sepanjang 2025 lepas, lebih 117 juta pautan phishing telah diklik pengguna di rantau APAC, dengan 88.5% menyasarkan kelayakan akaun dalam talian, 9.5% maklumat peribadi, dan 2% butiran kad bank. Data yang diperoleh dikumpulkan dalam sistem automasi berasaskan…

Pengguna Internet Kini Boleh Menjana Pendapatan Melalui Pelayar Brave

Ciri Adblock Pelayar Brave Kini 45MB Lebih Jimat Memori Android

Pembangun Brave terus menambah baik pelayar mereka apabila mengumumkan enjin penyekat iklan baharu yang lebih cekap. Melalui penambahbaikan besar pada enjin berasaskan Rust, penggunaan memori berjaya dikurangkan sehingga 75%, bersamaan penjimatan kira-kira 45 MB pada Android, iOS dan desktop. Langkah ini memberi kesan positif kepada hayat bateri, kelancaran multi tugas serta pengalaman pengguna yang menggunakan…

Pisau Ultrasonik Pertama Di Dunia Ini Boleh Dimiliki Pada Harga RM1,584

Pisau Ultrasonik Pertama Di Dunia Ini Boleh Dimiliki Pada Harga RM1,584

C-200 Ultrasonic Chef’s Knife ialah pisau dapur pertama di dunia yang menggunakan teknologi ultrasonik. Ia direka khas untuk tukang masak rumah dengan keupayaan getaran lebih 30,000 kali sesaat yang memudahkan anda memotong bahan sehingga 50% kurang tenaga. Malah ia mengurangkan makanan melekat pada bilah, serta memudahkan ia dibersihkan. Pisau ini dilengkapi bateri litium-ion 1100mAh, boleh…

Motosikal EV Dengan Bateri Keadaan Pepejal Pertama Di Dunia Dilancar, Harga Dari ~RM141 Ribu

Motosikal EV Dengan Bateri Keadaan Pepejal Pertama Di Dunia Dilancar, Harga Dari ~RM141 Ribu

Verge Motorcycles dari Finland mencipta sejarah apabila melancarkan TS Pro, motosikal elektrik pertama dunia menggunakan bateri keadaan pepejal. Teknologi motosikal ini menjanjikan jarak sehingga 370 batu (~595 km) sekali cas, dan hanya 10 minit pengecasan, ia mampu menambah julat sejauh 186 batu (~300km) lagi. Tapi, keunikan sebenar TS Pro adalah terletak pada motor “donut” tanpa…

  • Previous
  • 1
  • …
  • 216
  • 217
  • 218
  • 219
  • 220
  • 221
  • 222
  • …
  • 1,466
  • Next
©2026 WISER.MY