Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kaspersky #1 From Phishing to Profit, How Stolen Data is Sold on the Dark Web

Harga Set Data Yang Dijual Di Pasaran Gelap Didedahkan

Diterbitkan Januari 8, 2026 · Dikemas kini Januari 8, 2026 oleh ariff bukhari

Kaspersky mendedahkan bagaimana data yang dicuri melalui serangan phishing terus menjadi senjata berbahaya di pasaran gelap.

Kaspersky melaporkn, sepanjang 2025 lepas, lebih 117 juta pautan phishing telah diklik pengguna di rantau APAC, dengan 88.5% menyasarkan kelayakan akaun dalam talian, 9.5% maklumat peribadi, dan 2% butiran kad bank.

Harga Set Data Yang Dijual Di Pasaran Gelap Didedahkan
Pecahan serangan mengikut jenis data yang disasarkan.

Data yang diperoleh dikumpulkan dalam sistem automasi berasaskan Platform-as-a-Service (PaaS), sebelum disahkan dan dijual dalam bentuk “dump” di forum gelap.

Menurut data yang didedahkan dari Penjejakan Risikan Data Kaspersky, harga data yang dijual pula adalah berbeza mengikut nilai dengan akaun bank boleh mencecah US$350 (~RM1,400), platform kripto sekitar US$105 (~RM426), akses portal e-kerajaan US$82.50 (~RM3350, manakala dokumen peribadi hanya US$15 (~RM61).

Harga Set Data Yang Dijual Di Pasaran Gelap Didedahkan
Jadual menunjukkan harga bagi pelbagai jenis akaun yang terdapat di forum web gelap setakat tahun 2025 yang disediakan oleh Kaspersky Digital Footprint Intelligence.

Penjenayah menggunakan skrip untuk mengesahkan data dan membentuk “dossier digital” bagi serangan lebih terarah, termasuk penipuan identiti dan pemerasan.

Kaspersky menekankan bahawa mangsa boleh terus terdedah bertahun-tahun selepas kebocoran tersebut.

Ekoran itu, mangsa yang terjejas disyorkan mengambil langkah pencegahan seperti menyekat kad bank yang terjejas dan menukar kata laluan dengan MFA.

Berkaitan

  • Ribuan Telefon Android Baharu Diprapasang Perisian Hasad - Kaspersky
  • Telefon Pintar Anda Mungkin Terancam Walaupun Guna 5G - Kaspersky
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY