Apple telah pun melancarkan generasi terbaru komputer meja terkecil dan paling mampu milik mereka, Mac mini M4. Hadir dalam reka bentuk yang lebih kecil dari model sebelumnya, tapi hasil bedah ke dalam komputer kecil ini oleh iFixit mendedahkan ia kini lebih mudah untuk menaik taraf komponen dalamnya. iFixit memberikan Mac mini M4 baharu ini dengan…
Pengarang: ariff bukhari
MCMC Sedang Jalankan “Kajian Penilaian Ketersediaan 5G Untuk Industri Malaysia”
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, mereka sedang menjalankan “Kajian Penilaian Ketersediaan 5G untuk Industri Malaysia” yang pertama. Tinjauan ini yang dibuat dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bertujuan untuk menilai kesediaan perniagaan anda untuk menerima pakai teknologi 5G dan mengenal pasti kawasan berpotensi yang memerlukan sokongan bagi meningkatkan kualiti penyedia perkhidmatan. Kajian…
TM Global Kembangkan Pusat Data Di Cyberjaya Dan Johor
TM Global, cabang perniagaan borong Telekom Malaysia, akan memperluaskan Pusat Data Lembah Klang (KVDC) di Cyberjaya dan Pusat Data Iskandar Puteri (IPDC) di Johor untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan hosting data domestik dan antarabangsa. TM dalam satu kenyataan berkata, langkah ini adalah sebahagian daripada pelan strategik TM untuk mengukuhkan ekosistem infrastrukturnya dan…
Microsoft Akan Tamatkan Sokongan 3 Aplikasi Lapuk Mereka, Semua Pengguna Akan Beralih Ke Outlook Versi Percuma
Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan sokongan ke atas 3 aplikasi mereka pada 31 Disember 2024. 3 Aplikasi itu adalah Windows Mail, Calendar, dan People. Ekoran penamatan itu, Microsoft memaklumkan, semua penggunanya akan beralih ke aplikasi Outlook baharu selepas tarikh tersebut. “Selepas 31 Disember 2024, pengguna tidak lagi dapat menghantar dan menerima e-mel menggunakan…
Audio Spatial Akan Datang Ke Dalam Pesawat Pejuang F-16, Bawakan Pengalaman Bunyi 3D Ke Kokpit
Audio spatial semakin popular kebelakangan ini dengan syarikat seperti Apple dan Sony membawanya kepada fon kepala pengguna. Tetapi nampaknya, tentera juga berminat dengan teknologi tersebut. Ia selepas Tentera Udara AS telah menganugerahkan kontrak untuk melengkapkan jet pejuang F-16 mereka dengan audio 3D yang canggih dengan pembatalan hingar aktif ke dalam pesawat tersebut. Syarikat aeroangkasa Denmark,…
Amazon Sahkan Data Pekerja Dicuri, Enggan Dedah Jumlah Yang Terjejas
Amazon telah mengesahkan bahawa data pekerja telah terjejas selepas “peristiwa keselamatan” di vendor pihak ketiga. Dalam satu kenyataan yang diberikan kepada TechCrunch, jurucakap Amazon Adam Montgomery mengesahkan bahawa maklumat pekerja Amazon telah terlibat dalam penggodaman data. “Sistem Amazon dan AWS kekal selamat, dan kami tidak mengalami peristiwa keselamatan. Kami telah dimaklumkan tentang acara keselamatan di…
