Platform yang membolehkan pemilik akaun memfailkan aduan bagi mencabar tindakan menurunkan sebarang kandungan di media sosial akan diwujudkan di bawah Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian 2024. Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata menerusi platform itu, pengguna media sosial juga boleh mengemukakan alasan yang munasabah bagi mempertahankan setiap kandungan mereka daripada diturunkan. Di bawah Akta…
Pengarang: Amalina Athman
Gemini Kini Hadir Dengan Widget Pada Skrin Kunci iOS
Aplikasi Gemini untuk iOS kini menyokong widget pada skrin kunci (lock screen) dan akses terus melalui Control Center. Dalam kemas kini terbaru, aplikasi Gemini untuk iPhone memperkenalkan enam widget skrin kunci, membolehkan pengguna mengakses pelbagai fungsi kecerdasan buatan (AI) dengan lebih pantas. Antara widget yang tersedia termasuk: Type Prompt – Ada soalan? Taip terus untuk…
Produk Baharu Apple Sah Bakal Diumumkan Minggu Ini
CEO Apple Tim Cook kini mengacah tentang pengumuman produk baharu yang akan berlangsung minggu ini. Dalam hantaran di X, Cook berkongsi sebuah video pendek dengan teks, “There’s something in the air” disertai kapsyen ringkas “Minggu ini”. This week. pic.twitter.com/uXqQaGNkSk — Tim Cook (@tim_cook) March 3, 2025 Cook tidak menyatakan secara khusus peranti yang akan dilancarkan,…
MITI Siasat Dakwaan Cip AI Nvidia Dipindahkan Dari Singapura Ke Malaysia
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata ia sedang menyiasat dakwaan cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia dalam pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan, dialihkan dari Singapura ke Malaysia. “Kami akan mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja kami mendapat butiran terperinci mengenainya,” kata kementerian itu menjawab pertanyaan media Malaysia mengenai dakwaan tersebut. Pada Isnin, Menteri Undang-Undang dan Hal…
Portal STR Kini Boleh Diakses Dengan MyDigital ID
Pemohon dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini mempunyai alternatif untuk mengakses portal STR menggunakan MyDigital ID, bermula 1 Mac 2025. Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), langkah itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ketika pembentangan Belanjawan 2025. MyDigital ID diperkenalkan sebagai identiti tunggal rakyat Malaysia untuk mengakses sistem…
Laporan: Malaysia Catat Kebocoran Data Tertinggi, Panggilan Scam Melonjak 82.81%
Malaysia merekodkan kadar kebocoran data peribadi tertinggi dalam kalangan pasaran utama Asia, dengan 72.5% pengguna yang memeriksa status melalui ciri ID Security Whoscall mendapati maklumat mereka telah dikompromi. Laporan Tahunan Whoscall 2024 mendedahkan statistik ini berdasarkan analisis data penipuan yang dikumpulkan dari Januari hingga Disember 2024, merangkumi pasaran Malaysia, Taiwan, Thailand, Brazil, Jepun, Korea Selatan,…
