KTM Berhad (KTMB) baru-baru ini mengumumkan bahawa penggunaan tiket QR untuk pas mingguan dan bulanan KTM Komuter Utara akan ditamatkan dan ditukar kepada kad Komuter Link, berkuat kuasa 1 Januari 2025. Penumpang boleh mendapatkan kad Komuter Link dengan harga RM10 (baki dalam kad RM0) di semua kaunter komuter. Sementara tambah nilai boleh dilakukan sama ada…
Pengarang: Amalina Athman
“Kami Tak Pernah Bercakap Soal Kenakan Bayaran Untuk Ciri Apple Intelligence” – Tim Cook
Sejak beberapa bulan lalu, dua ‘set’ ciri Apple Intelligence telah mula diperkenalkan melalui iOS 18.1 dan iOS 18.2. Walaupun spekulasi sebelum ini mengatakan Apple berpotensi menawarkan beberapa ciri kecerdasan buatan (AI) sebagai perkhidmatan berbayar, namun CEO Apple Tim Cook baru-baru ini memberikan kenyataan sebaliknya. Dalam temu bual bersama Wired, Cook ditanya sekiranya pernah mempertimbangkan untuk…
Ura-Ura: Ini Model iPhone Yang Dijangka Terima Sokongan iOS 19
Semua model iPhone yang menyokong iOS 18 dijangka akan menerima sokongan iOS 19, termasuk iPhone XS dan XR yang dilancarkan pada September 2018. Menurut laporan iPhoneSoft, berikut merupakan model yang dijangka serasi dengan iOS 19: iPhone 17, 17 Air, 17 Pro, 17 Pro Max (2025) iPhone 16, 16 Plus, 16 Pro, 16 Pro Max iPhone 15,…
Sony Akan Jadi Pemegang Saham Terbesar Kadokawa
Sony akan menjadi pemegang saham terbesar syarikat media gergasi Jepun dan syarikat induk FromSoftware, Kadokawa Corporation, memegang kira-kira 10% sahamnya – termasuk pegangan yang diperoleh pada Februari 2021. Mengikut perjanjian pakatan strategik modal dan perniagaan, Kadokawa akan menjalankan peruntukan pihak ketiga kepada Sony pada 7 Januari 2025, di mana Sony akan memperoleh 12.05 juta saham…
Kerajaan Pantau Had Umur Pada Platform Media Sosial Mulai Januari Depan
Kementerian Komunikasi akan memantau dan mengambil langkah tambahan sekiranya mana-mana platform media sosial gagal melaksanakan larangan had umur penggunaan yang ditetapkan platform tersebut. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata langkah ini susulan pelaksanaan pelesenan platform media sosial yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan. Menurutnya, kebanyakan platform media kini menetapkan had umur penggunaan pada usia…
TM Sahkan Insiden Kecurian Kabel Libatkan Kontraktor, Pekerja
Telekom Malaysia Berhad (TM) mengesahkan insiden kecurian kabel baru-baru ini, yang melibatkan kontraktor dan pekerjanya di Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Dalam kenyataannya, TM berkata akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa untuk memudahkan siasatan yang masih berjalan. Pihaknya turut menegaskan tidak akan bertoleransi terhadap sebarang salah laku dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas…
