Maklumat rasmi mengenai sekolah di seluruh negara kini dihimpunkan dalam satu platform digital berpusat menerusi Portal Sekolahku, yang dibangunkan bagi memudahkan ibu bapa, penjaga dan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan pendidikan. Menerusi portal ini, maklumat yang disediakan merangkumi carian sekolah berdasarkan lokasi, profil, statistik asas sekolah, bantuan persekolahan, takwim, berita semasa dan sebagainya. Penyatuan maklumat…
Pengarang: Amalina Athman
Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
Fungsi navigasi dalam aplikasi TuJu nampaknya masih belum pulih sepenuhnya apabila pengguna Android kini perlu beralih ke Google Maps untuk mendapatkan panduan arah perjalanan, manakala carian lokasi pada iOS pula masih tidak memaparkan sebarang hasil. Melalui tinjauan, apabila pengguna Android menekan butang navigasi dalam aplikasi TuJu, satu tetingkap pengesahan akan muncul memaklumkan bahawa Google Maps…
Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
Liputan rangkaian ULTRA5G U Mobile kini menjangkau kira-kira 2.3 juta penduduk di Sabah, sekali gus membawa sambungan generasi baharu ke hab ekonomi, komersial dan pelancongan utama di negeri itu. Peluasan ini disokong oleh infrastruktur gentian optik yang dibangunkan menerusi kerjasama U Mobile dengan CTS Horizon Sdn. Bhd. (CTS), yang dahulunya dikenali sebagai Celcom Timur (Sabah)…
Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
Ledakan kecerdasan buatan (AI) bukan sahaja meningkatkan permintaan terhadap cip memori, malah turut mengubah kedudukan Apple dalam rundingan dengan pembekal cip. Menurut The Wall Street Journal (WSJ) seperti dilaporkan MacRumors, pembekal storan flash yang pernah “dibuli” oleh Apple kini seolah-olah “membalas dendam” terhadap syarikat itu susulan kekurangan cip memori sepanjang tahun lalu. Kekurangan ini berpunca…
Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
Google mula melancarkan ikon baharu untuk tiga aplikasinya, iaitu Google Messages, Phone by Google dan Google Contacts. Perubahan ini memberikan ketiga-tiga aplikasi tersebut penampilan yang lebih kemas dengan ikon yang direka supaya kelihatan lebih jelas pada skrin utama peranti. Antara penyesuaian yang diperkenalkan termasuk penggunaan kesan gradient yang lebih halus serta bahagian tepi ikon yang…
Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
Google mendedahkan salah satu pengeluar peranti Android yang pernah bekerjasama dengannya, Videostrong Technology Co., didakwa memasang pintu belakang (backdoor) secara tersembunyi dalam perantinya sebelum menjadikannya sebahagian daripada botnet XCPE. Botnet ialah rangkaian peranti yang dijangkiti perisian hasad dan boleh dikawal dari jauh oleh penjenayah siber tanpa pengetahuan pemiliknya. Dalam kes ini, lebih 1.3 juta set-top…
