YTL Corporation Berhad (YTL) menafikan dakwaan bahawa pusat datanya membantu pemindahan unit pemprosesan grafik (GPU) Nvidia kepada pelanggan di China, susulan laporan media yang mengaitkan syarikat itu dengan kontroversi berhubung cip AI berkenaan. “Laporan bersifat spekulatif dan tidak berasas itu sama sekali tidak benar,” menurut YTL dalam kenyataannya. Syarikat itu menjelaskan YTL Data Centers menyediakan…
Pengarang: Amalina Athman
Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
Canva kini membolehkan pengguna mengawal penggunaan kecerdasan buatan (AI) menerusi dua tetapan baharu yang memberi pilihan untuk mematikan ciri AI generatif dan mengehadkan kemunculan kandungan dijana AI di platform tersebut. Menerusi kawalan AI generatif, pengguna boleh mematikan ciri tersebut di seluruh Canva. Apabila dilumpuhkan, ciri-ciri AI generatif akan disembunyikan sehingga pengguna menghidupkannya semula. Tetapan ini…
Malaysia, AS Berhasrat Kerjasama Sokong Pembangunan Awan AI Berdaulat – AS Sedia Tawar Dana AS$50 Juta
Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama bagi menyokong pembangunan kemudahan Awan Kecerdasan Buatan (AI) Berdaulat Malaysia, termasuk melalui penyertaan syarikat teknologi dari negara itu. Di bawah inisiatif pembangunan tersebut, Malaysia akan menentukan reka bentuk, kaedah perolehan dan operasi kemudahan berkenaan. Infrastruktur dan data yang dihoskan juga akan ditempatkan di Malaysia, tertakluk…
vivo V80 Kini Dilancarkan – Kamera Telefoto ZEISS 50MP, Harga Bermula RM2,399
vivo Malaysia kini memperkenalkan vivo V80, telefon pintar baharu yang memberikan tumpuan kepada fotografi potret menerusi sistem kamera ZEISS, selain dilengkapi bateri berkapasiti besar dan beberapa ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI). vivo V80 menampilkan reka bentuk Flagship One-Piece Cold-Carved Glass, dengan panel belakang dan modul kamera diukir daripada sekeping kaca yang sama. Ia turut menggunakan bingkai…
Ujian Sistem Amaran Awal Serentak Di Seluruh Negara Pada 29 November, Pengguna Disaran Kemas Kini Peranti
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa orang ramai supaya mengemas kini sistem operasi telefon masing-masing sebagai persediaan menerima amaran kecemasan menerusi Sistem Amaran Awal (EWS). Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan sistem yang sedang dilaksanakan secara berfasa itu menggunakan teknologi Cell Broadcast System (CBS). Ia membolehkan amaran kecemasan dihantar secara serentak kepada telefon mudah…
Google Perkenal Gemini 4 Neon, Kualiti Setanding Carbon Dengan Kos Tugasan 32% Lebih Rendah
Google memperkenalkan Gemini 4 Neon, model AI baharu yang direka untuk mengendalikan tugasan kompleks seperti pengekodan, analisis data dan penyelidikan dengan keupayaan penaakulan tinggi, pelaksanaan lebih pantas serta kos penggunaan lebih rendah. Model ini mengisi kedudukan antara Gemini 4 Carbon dan Gemini 4 Hydrogen. Jika Gemini 4 Carbon dibangunkan untuk mengendalikan tugasan kompleks dalam tempoh…
