Bermula hanya dengan 11 buah telefon pintar pada tahun 2018, kemudiannya ia ditambah kepada 45 buah. Kini, Chen San-yuan, yang dikenali sebagai “Pokémon Go Grandpa" sudah mempunyai 64 buah telefon pintar yang dipasang pada basikalnya seakan bentuk ekor burung merak.
Menurut warga emas itu, detik permulaan beliau bermain Pokemon Go adalah ketika diperkenalkan oleh cucunya. Kemudian, beliau menghabiskan masa lima ke enam hari seminggu dalam tempoh 20 jam sehari bermain Pokemon Go sehingga kehabisan bateri.
Sebagai penyelesaian, beliau menambah lebih banyak telefon pintar untuk memudahkannya bermain permainan tersebut. Memandangkan masih terdapat slot kosong pada basikal itu, beliau mungkin menambah beberapa buah lagi telefon pintar pada masa akan datang.
Sumber: Taiwan News
Berkaitan
- HONOR 9X Pro, MagicBook Dan MagicWatch 2 Edisi Rose Gold Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 24 Mac
- Selangor Sedia Peruntukan Sebanyak RM369 Juta Bagi Agenda Digitalisasi
- Ini Respons Google Mengenai Langkah Apple Guna Pakai RCS
- Halaman Log Masuk Akaun Google Kini Dengan 'Wajah' Baharu
- Google Pixel 4a Akan Dijual Pada Harga Yang Sama Seperti Pixel 3a
- 10 Kategori Aduan Jalan Raya Yang Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MYJalan
- Google Dan Apple Mungkin Terpaksa Buang TikTok Daripada Gedung Aplikasi
- Pengguna iOS, Android Kelak Boleh Akses Ciri Berbayar Google Photos Secara Percuma
- Epic Games Kini Senaraikan Fortnite Pada Google Play Store
- Ini Merupakan Logo Baharu OnePlus