Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Dan Apple Mungkin Terpaksa Buang TikTok Daripada Gedung Aplikasi

Google Dan Apple Mungkin Terpaksa Buang TikTok Daripada Gedung Aplikasi

Diterbitkan Februari 2, 2023 · Dikemas kini Februari 2, 2023 oleh Amalina Athman

Senator Amerika Syarikat (AS), Michael Bennet hari ini telah meminta CEO Apple dan Google untuk segera mengalih keluar TikTok daripada gedung aplikasi App Store dan Play Store.

Berkaitan

  • TikTok Dijangka Benarkan Pengguna Muat Turun Video Sebelum 'Upload' Kelak
  • Bukan Algoritma Semata Tapi TikTok Ada Butang Rahsia Untuk Jadikan Sesiapa Sahaja 'Viral'
  • Bermula 1 Mac, Peniaga Perlu Bayar 2% Kepada TikTok Shop Sebagai Komisyen

Memetik laporan Bloomberg, Bennet berkata permintaan untuk mengalih keluar platform perkongsian video milik China itu adalah berikutan kebimbangan mengenai keselamatan negara.

Jelasnya, seperti kebanyakan platform media sosial, TikTok mengumpul data yang luas dan canggih daripada penggunanya, termasuk faceprint dan voiceprint.

Bagaimanapun, tidak seperti kebanyakan platform media sosial, TikTok menimbulkan kebimbangan yang “unik” kerana undang-undang China mewajibkan ByteDance, pemilik platform itu yang berpangkalan di Beijing, untuk “menyokong, membantu dan bekerjasama dengan kerja perisikan negara”.

Seterusnya, Bennet mendakwa ia akan menimbulkan risiko untuk membolehkan Parti Komunis China menggunakan TikTok sebagai senjata untuk menentang AS, dengan memaksa syarikat itu menyerahkan data sensitif pengguna atau memanipulasi kandungan untuk kepentingan China.

Bukan perkara baharu, sebilangan penggubal undang-undang Republikan telah pun menggesa untuk menyekat TikTok. Akan tetapi, Bennet adalah antara segelintir senator Demokrat yang lantang mencadangkan langkah drastik sedemikian terhadap aplikasi itu.

Selain kebimbangan mengenai keselamatan data, Bennet turut menyuarakan kebimbangan di mana China mungkin menggunakan aplikasi itu untuk mempromosi propaganda yang menguntungkan Parti Komunis atau untuk menyekat kandungan yang mengkritiknya.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY