Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Zenfone 10

ASUS Zenfone 10 Akhirnya Rasmi, Hadir Saiz Kompak 5.9 Inci

Diterbitkan Jun 30, 2023 oleh Firdaus

ASUS akhirnya telah melancarkan Zenfone 10 serba baharu pada malam hari Khamis ini. Peranti tersebut dirasmikan dalam satu acara pelancaran maya melalui platform YouTube.

Untuk pengetahuan anda, siri ASUS Zenfone adalah antara pilihan peranti flagship terbaik untuk anda yang menyukai saiz yang kompak dan mesra penggunaan satu tangan.

Spesifikasi Penuh ASUS Zenfone 10

ASUS Zenfone 10

ASUS Zenfone 10 dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2, memori RAM hingga 16GB dan pilihan storan hingga kapasiti 512GB untuk pengguna.

Peranti ini menawarkan skrin AMOLED kompak 5.9″ beresolusi 1080x2400p yang menyokong kadar segar semula 144Hz dan kadar kecerahan maksimum 1,100 nits. Dan dengan perlindungan Corning Gorilla Glass Victus.

ASUS Zenfone 10

Walau bagaimanapun, 144Hz itu disimpan khas untuk keperluan mobile gaming dan penggunaan selain itu kekal pada pilihan maksimum 120Hz.

Kali ini, ASUS menambah 2 pilihan warna baharu – Eclipse Red dan Aurora Green yang membawa kepada 5 pilihan warna keseluruhan. 

ASUS Zenfone 10

Untuk kamera, Zenfone 10 dilengkapi sistem 2 kamera – 50MP utama dengan 6-Axis Hybrid Gimbal Stabilization generasi kedua, 12MP ultra-lebar, dan 32MP swafoto.

ASUS Zenfone 10

Prestasi gimbal baharu ini menawarkan prestasi video yang lebih baik berbanding Zenfone 9. Dan ditambahkan lagi dengan sokongan ciri OIS, EIS, auto-focus dan banyak lagi.

Peranti ini disokongkan bateri berkapasiti 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W HyperCharge dan pengecasan wayarles Qi 15W.

Menariknya, Zenfone 10 masih mengekalkan bicu audio 3.5mm, sokong Hi-Res Audio, Hi-Res Audio Wireless, ada dwi-pembesar suara stereo dan penarafan kalis air dan habuk IP68.

Harga ASUS Zenfone 10

ASUS menyatakan Zenfone 10 akan tersedia untuk dibeli tidak lama lagi untuk seluruh pasaran global dan menawarkan 3 variasi:

ASUS Zenfone 10

  • 8GB / 128GB – €799 (~RM4,059.00)
  • 8GB / 256GB – €849 (~RM4,313.00)
  • 16GB / 512GB – €929 (~RM4719.00)

ASUS Zenfone 10 berkemungkinan besar akan memasuki ke pasaran Malaysia sekitar suku ketiga tahun 2023 ini.

Berkaitan

  • Nubia RedMagic 8S Pro Jadi Yang Pertama Dilengkapi RAM 24GB
  • Snapdragon 8+ Gen 2 Mungkin Adalah Cip Samsung Galaxy S23 Ultra
  • Samsung Galaxy S23 FE Dilapor Tertiris Dengan Rekaan Yang Sama
  • realme narzo 60 Didedahkan Mirip Siri realme 11, Hadir 6 Julai Depan
  • Spesifikasi Siri Xiaomi 13T Dilapor Tertiris, Dijangka Hadir 1 September

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY