Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Zenbook 14 OLED_UX3405_Scenario photo_03

ASUS Zenbook 14 OLED Dengan Cip Intel Ultra Berkuasa AI Tiba Di Malaysia

Diterbitkan Disember 25, 2023 oleh ariff bukhari

ASUS Malaysia mengumumkan ketersediaan komputer riba ultra ringan terbaru mereka, Zenbook 14 OLED (UX3405).

Ia merupakan komputer riba premium dalam siri Zenbook Classic, yang juga merupakan komputer riba Intel® Core™ Ultra berkuasa AI pertama di Malaysia.

Zenbook 14 OLED_UX3405MA_Product photo_3B_Ponder Blue_03
Zenbook 14 OLED hadir dengan pilihan cip pemprosesan premium dikuasakan AI dari pemproses Intel® Core™ Ultra dengan grafik Intel Arc terbina dalam.

Zenbook 14 OLED baharu ini dilengkapi dengan skrin ASUS Lumina OLED  (2880×1800) dengan kadar segar 120Hz serta tetapan cerahan tertinggi 600 nit.

Walaupun rekaan nipis, komouter riba ini lengkap dengan sambungan pelbagai port termasuklah 2x Thunderbolt 4,  USB 3.2 Gen 1 Type-A, HDMI 2.1 (TMDS) dan bicu audio 3.5 mm.

ASUS Zenbook 14 OLED_UX3405_Scenario photo_05
Hanya setebal 1.49cm dan berat 1.2 kg, Zenbook 14 OLED baharu 10% lebih padat daripada generasi sebelumnya.

Zenbook 14 OLED (UX3405) akan tersedia di Malaysia daripada semua penjual semula sah ASUS dalam dua varian

Zenbook 14 OLED (UX3405) dikuasakan oleh pemproses Intel® CoreTM Ultra 7 155H dipadankan  dengan 32GB RAM dan storan 1TB PCIe 4.0 akan boleh didapati pada harga RM 5,999.

Manakala varian dikuasakan cip Intel® CoreTM Ultra 5 125H dengan 16GB RAM dan storan 512GB pula akan boleh didapati pada harga RM 4,499.

Kedua-dua varian ini datang dalam kemasan warna Ponder Blue. Sementara pilihan warna Foggy Silver akan ditawarkan di Malaysia pada masa akan datang.

Untuk lihat spesifikasi penuh Zenbook 14 OLED (UX3405) ini, layari laman rasmi ASUS Malaysia.

(Beli pelbagai produk ASUS dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition - Bila Pakai, 'Confirm' Orang Tanya "Laptop Apa Ni Bro"
  • (Ulasan) ASUS Vivobook 16 (M1605) - Laptop Bajet Skrin Besar, Bateri Tahan Lama
  • Astro Tawar Akses Percuma 6 Saluran Baharu Bermula 1 Januari 2024

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY