Antara model yang ditawarkan adalah ZenBook 13 dan ZenBook 14. Siri ZenBook 13/14 merupakan model klasik premium dalam barisan komputer riba ASUS yang memfokuskan kepada ringan dan nipis.
Untuk ZenBook 13, ia hadir dengan skrin 13 inci Full HD manakala ZenBook 14, skrinnya adalah 14 inci Full HD.
Dari segi variasi model, terdapat dua versi utama ditawarkan iaitu cip Intel i5-1135 atau Intel i7-1165. Storan pula menawarkan 512GB SSD PCIe 3.0 dengan RAM berkapasiti 8GB 3200MHz LPDDR4X.
Bahagian grafik pula diuruskan oleh cip terbina Intel Iris Xe selain menawarkan teknologi mikrofon dengan pembatalan hingar aktif AI melalui ClearVoice.
ASUS ZenBook 13/14 direka dengan rekaan premium nipis 13.9mm dan ringan 1.07kg (ZenBook 13) / 1.13kg (ZenBook 14). Ia juga turut menyertakan sejumlah I/O lengkap dengan pembaca microSD, USB 3.2 Type-A, HDMI, Type-C Thunderbolt 3, dan Type-C Thunderbolt 4.
Skrin IPS LCDnya pula hadir dengan rekaan bezel nipis 2.5mm dengan peratus skrin 90% berbanding badan komputer riba. Pada bahagian pad sentuh juga terdapat NumPad yang boleh diaktifkan melalui butang khas.
Dari segi ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 21 jam dengan kapasiti 67Wh yang disertakan. Pengecasan pantas turut diberikan dengan memerlukan 50 minit untuk mengecas sebanyak 60%.
Terdapat 2 pilihan warna yang boleh dimiliki iaitu Pine Grey dan Lilac Mist.
Untuk senarai harga penuh setiap model ASUS Zenbook 13/14, boleh rujuk di bawah:
ASUS ZenBook 13
- ASUS ZenBook 13 (UX325) Intel i5-1135 - RM3,999
- ASUS ZenBook 13 (UX325) Intel i7-1135 - RM4,699
ASUS ZenBook 14
- ASUS ZenBook 14 (UX425) Intel i5-1135 - RM3,999
- ASUS ZenBook 14 (UX425) Intel i7-1135 - RM4,699
Menurut pihak ASUS Malaysia, kesemua model yang diperkenalkan ini akan mula ditawarkan untuk pasaran tempatan pada 20 November ini melalui Shopee dan juga laman rasmi ASUS Malaysia.
Berkaitan
- Pertumbuhan Xiaomi Di Malaysia Meningkat Kepada 113% Berbanding Tahun Lepas Untuk Suku Ketiga Tahun 2020
- ASUS Sendiri Sahkan Tarikh Pelancaran ROG Phone 3 Pada Bulan Hadapan
- Siri iPhone 12 Dan 12 Pro Mula Dijual Di Malaysia Pada 13 November, Pra-Tempahan Pada 6 November
- Cip Apple A14 Akan Guna Teknologi 5nm TSMC, Bakal Dihasilkan Secara Pukal Suku Kedua 2020
- Google Pixel 4a Dilancarkan - Snapdragon 730G, RAM 6GB, 3140mAh Dan Kamera 12MP
- Bila ASUS ROG Phone 5 Jadi Sebuah Mesin Konsol Retro Terbaik
- realme 7 Pro Dijual Secara Rasmi Pada RM1499, realme 7 Pula RM1299
- Siri ASUS TUF 2021 Bakal Ditawarkan Hujung Januari Bermula Harga RM5,299
- Kemaskini iOS 13.4 Dilepaskan - Ini Kesemua Ciri Dan Fungsi Baharunya
- Komputer Riba Tahan Lasak ASUS ExpertBook B9 Dijual Bermula RM6,299 Di Malaysia