Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG XG Mobile (2023)

ASUS Umum eGPU Berkuasa Berharga Hampir RM9,000

Diterbitkan April 7, 2023 oleh ariff bukhari

ASUS mengumumkan model terbaru eGPU (external GPU) berkuasa mereka untuk tahun 2023 iaitu ROG XG Mobile.

eGPU terbaru ini yang seberat 1.3kg menyokong kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090, GDDR6 16G.

I dilengkapi dengan pembekal kuasa 330W serta menggunakan antaramuka sambungan ROG XG Mobile interface dan USB Type-C combo.

Malah ia turut dilengkapi dengan sambungan HDMI 2.1, LAN, pembaca kad serta USB 3.2 Gen2 Type-A.

ROG XG Mobile 2
ROG XG Mobile

Cumanya, eGPU ROG XG Mobile ini dibangunkan khusus untuk 6 model komputer riba ROG Flow 2022 dan 2023 sahaja.

Ini kerana sambungan PCIe eGPU ini berfungsi secara eksklusif untuk komputer riba Flow yang serasi sahaja.

ROG XG Mobile 4

Dengan menyambungkan eGPU ROG XG Mobile ini bersama komputer riba yang menyokongnya, ia sekaligus meningkat kuasa pemprosesan grafik komputer riba tersebut.

eGPU ROG XG Mobile akan berada di pasaran tidak lama lagi yang akan dijual pada harga USD1,999.99 (~RM8,800).

Berkaitan

  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • Tablet 'Gaming' ROG Flow Z13 Edisi Acronym Dijual Dengan Harga RM12,999
  • Ini Telefon ‘Midrange’ Pertama Dengan 200MP OIS, Siap Ada Ciri ‘Flagship’ Lain Serendah RM1599

Sumber: ROG USA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY