ASUS TUF Gaming Membuat Kemunculan Kembali Untuk Pasaran Komputer Riba Gaming Permulaan

Selari dengan pelancaran ROG Phone di pasaran Malaysia siang tadi, ASUS Malaysia tidak melepaskan kesempatan untuk memperkenalkan komputer riba dari siri TUF Gaming. Komputer riba TUF Gaming diperkenalkan dalam dua versi: FX505 dan juga FX705. ASUS Malaysia memasarkan komputer riba ini sebagai peranti gaming kelas permulaan atau entry level.



FX505

Komputer riba TUF Gaming FX505 menampilkan pilihan cip pemprosesan Intel® Core™ i7-8750H atau Core™ i5-8300H. Untuk pemprosesan grafik, pengguna boleh memilih untuk menggunakan kad NVIDIA® GeForce GTX 1050 (4GB), 1050 Ti (4GB) atau 1060 (6GB).

Tetapan memori adalah dari 4GB DDR4 SDRAM dan boleh ditingkatkan sehingga 32GB manakala ruang storan terdiri daripada 1TB SATA HDD dan 128GB/256GB PCIe® Gen3 SSD.

Paparan pula dibeikan dalam dua pilihan:

  • 15.6" (16:9) LED backlit FHD (1920x1080) 60Hz Anti-Glare IPS-level Panel with 45% NTSC

  • 15.6" (16:9) LED backlit FHD (1920x1080) 144Hz Anti-Glare IPS-level Panel with 72% NTSC


FX705

Komputer riba TUF Gaming FX705 pula menawarkan cip pemprosesan Intel® Core™ i7-8750H. Komputer riba ini menggunakan kad grafik NVIDIA dalam dua pilihan iaitu GeForce® GTX 1050Ti (4GB) atau 1060 (3/6GB).

Skrin paparan adalah dalam beberapa pilihan:

  • 17.3" (16:9) LED backlit FHD (1920x1080) 144Hz Anti-Glare IPS-level Panel with 72% NTSC

  • 17.3" (16:9) LED backlit FHD (1920x1080) 60Hz Anti-Glare IPS-level Panel with 72% NTSC


Penawaran memori untuk FX705 adalah sama seperti FX505.

Kedua-dua model terbaru TUF Gaming ini dibina menggunakan piawaian ketenteraan (military-grade) bagi memastikan ketahanan komputer riba di bawah penggunaan yang ekstrim. Skrin paparan turut menampilkan NanoEdge Display yang memberikan pengalaman nirbingkai kepada paparan komputer riba dan menyokong kadar penyegaran sehingga 144Hz.

Papan kekunci HyperStrike dengan kekunci WASD dengan tetapan RGB untuk sesetengah model sahaja melengkapkan tawaran ASUS Malaysia melalui TUF Gaming kepada pengguna mereka. Harga yang ditawarkan bermula dari RM 3,699 sehingga RM 5,899. Sesetengah model FX505 dan FX705 sudah mula dijual harini di penjual-penjual ASUS yang sah.