Asus ROG Phone Kini Rasmi Di Malaysia - Dijual Pada Harga RM3499

Bagi pengguna tempatan yang dahagakan prestasi terbaik untuk permainan mudah alih, Asus ROG Phone kini telah rasmi dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

Pertama kali muncul dipertontonkan kepada umum pada acara Computex awal tahun ini, kedatangan ROG Phone sememangnya ditunggu-tunggu kerana semua sudah maklum tentang prestasi yang dibawa jenama terbabit.



ROG Phone menampilkan cip Snapdragon 845, RAM 8GB dan pilihan storan 128GB ataupun 512GB. Skrin paparan pula dari jenis AMOLED berukuran 6 inci dengan kadar segar semula 90Hz dan dijana dengan bateri 4000mAh.



Menguatkan lagi peranti gaming ini adalah sistem dwi kamera 12MP+8MP dibahagian belakang sementara bahagian hadapan menggunapakai lensa 8MP.

Ciri imbasan cap jari juga boleh dilihat dipanel belakang dengan rekaan petak, menambahkan lagi rupa paras garang ROG Phone.

Diletakkan pada harga RM3499 untuk versi 128GB dan RM3999 untuk 512GB, setiap pembelian akan hadir dengan aksesori seperti penyejuk Aeroactive dan sarung pelindung ROG Phone yang mana kedua-duanya bernilai RM450.

Lain-lain aksesori akan dijual berasingan bermula November nanti. Pra-tempah boleh dibuat bermula hari ini, di platform Shopee dan Lazada.