Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Phone 2 Strix Edition

ASUS ROG Phone 2 Strix Edition Dengan 8GB RAM Kini Ditawarkan Di Malaysia

Diterbitkan Januari 14, 2020 oleh Amalina Athman

ASUS kini mengumumkan ketibaan ROG Phone 2 Strix Edition untuk pasaran Malaysia. Ia menawarkan spesifikasi seumpama ROG Phone 2 yang asal cuma untuk Strix Edition ia mempunyai RAM 8GB dan 128GB storan dalaman.

ROG Phone 2 Strix Edition menawarkan Qualcomm Snapdragon 855+ dengan kelajuan sehingga 2.96GHz. Grafik adalah Adreno 640 GPU, dengan sistem penyejukan wap GameColl 2 3D bagi mengekalkan prestasi kelajuan penuh.

ASUS ROG Phone 2 Strix Edition Dengan 8GB RAM Kini Ditawarkan Di Malaysia

Peranti ini menampilkan paparan AMOLED 6.59 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga mempunyai bateri 6000mAh dengan pengecasan HyperCharge 30W menggunakan kabel Type-C.

Untuk spesifikasi gaming khusys lain, peranti ini mempunyai sensor ultrasonik AirTrigger 2, teknologi Dual Surrounding Vibration, dan pembesar suara stereo yang lantang. Aksesori baru termasuk TwinView Dock 2 bagi permainan dwi-skrin, dan ROG Kunai Gamepad untuk pengalaman permainan seperti konsol.

ROG Phone 2 Strix Edition akan dijual mulai pertengahan Januari 2020 pada harga RM2,499 dengan pembelian termasuk ROG Phone 2 Aero Case dan Aero Active Cooler II.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY