ASUS ROG Phone 2 Bakal Jadi Peranti Terawal Menggunakan Snapdragon 855 Plus

Menyusuli pengumuman Snapdragon 855 Plus, ASUS turut sama menghadirkan berita baik untuk peminat yang menanti ASUS ROG Phone 2. Model generasi kedua tersebut telah dinyatakan bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru dari Qualcomm itu.

Diberikan beberapa tambah baik seperti peningkatan CPU dari 2.84GHz kepada 2.96GHz bagi teras "Prime", bahagian grafik melalui Adreno 640 juga menjanjikan prestasi 15% lebih baik berbanding edisi sebelumnya.

Pelancaran ROG Phone 2 telah dijadualkan berlangsung pada 23 Julai hadapan. Selain menjadi peranti pertama menggunakan Snapdragon 855 Plus ini, ROG Phone 2 dikhabarkan akan hadir dengan paparan SuperAMOLED 120Hz, dwi kamera belakang, pengecasan pantas 30W serta bahagian memori sekurang-kurangnya 6GB RAM dengan storan 128GB.

Sumber: Tech Radar