Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung S10 X Dan Huawei P30 Pro Dijangka Hadir Dengan RAM 12GB

Samsung S10 X Dan Huawei P30 Pro Dijangka Hadir Dengan RAM 12GB

Diterbitkan Oktober 25, 2018 oleh Helmi Samsuri

Tahun 2018 belum lagi berakhir tetapi perkhabaran mengenai peranti 2019 sudah mula kedengaran.

Dua peranti yang disebutkan adalah Samsung S10 X dan Huawei P30 dikhabarkan akan dilengkapi dengan memori RAM berkapasiti 12GB.

Ia mula dibualkan selepas satu imej ditemui dari laman Weibo yang memperlihatkan gambaran awal kapasiti RAM bawaan kedua-duanya.

Screen Shot 2018-10-25 at 5.38.00 PM

Ura-ura menyatakan Samsung akan mengeluarkan 4 versi S10; Samsung S10, Samsung S10 Plus, Samsung S10 X dan Samsung S10 X 5G.

Versi S10 X dikatakan hadir dengan RAM sebesar 12GB sementara versi lain dengan RAM 6GB atau 8GB.

Sebuah model juga dipercayai akan dibangunkan dengan sokongan 5G. Dari segi saiz paparan, 5.8 inci adalah ukuran terkecil dan yang paling besar 6.44 inci.

Berkenaan dengan Huawei P30 Pro, kehadirannya pada tahun depan telah disahkan sendiri oleh CEO Huawei, Richard Yu pada acara IDA 2018 yang lalu.

Selain RAM 12GB, Huawei P30 Pro turut menyediakan RAM 8GB dan diramal pelancarannya pada Mac 2019.

Sumber: Appuals

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY