Setelah disahkan akan dipasarkan di Malaysia, DirectD salah satu penjual popular tanah air telah mula membukan pra-tempah peranti ini, sekaligus mendedahkan harga jualannya. Diletakkan pada harga RM 2199, Nubia Red Magic 3 tampil dengan skrin paparan HD+ penuh berukuran 6.65 inci.
Bahagian dalaman pula diisi dengan RAM 8GB bersama-sama ruang simpanan 128GB serta dikuasakan dengan cip Snapdragon 855. Tetapan kamera pula menggunapakai lensa 16MP manakala panel belakang ditempatkan dengan kamera 48MP.
Berstatus sebagai peranti yang memfokuskan permainan mudah alih, reka bentuknya juga lebih menarik disamping LED RGB yang menghiasi panel belakang. Menariknya tentan peranti ini adalah sistem penyejukan yang menggunakan kipas kecil terbina pada bahagian dalam yang menurut syarikat pengeluar, ia mampu memindahkan haba sebanyak 500%.
Ciri lain yang boleh didapati pada model ini adalah sistem operasi Android 9 Pie. slot dwi kad sim nano, bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas. Pembelian dari DirectD akan disertakan dengan waranti 1 tahun dari Nubia Malaysia.
Berkaitan
- Xiaomi Malaysia Adakan Penstriman Langsung Poco F2 Pro 10 Jun Ini
- (Video) Ini Mungkin Sony Xperia XA3 Ultra, Rekaan Yang Lebih Seksi
- Rakyat Malaysia Lakukan 6000 Tempahan Dalam Masa Sejam Pada Jualan 11.11 Tempoh Hari
- Pengguna Malaysia Sudah Boleh Main Game Dalam Netflix
- MaxisOne Home Fibre Mula Tawar Tiga Pelan Baru, 300Mbps, 500Mbps Dan 800Mbps
- Harga OPPO Reno2 Dipotong RM300 Daripada Harga Asal
- Huawei Mate 9 Dilancarkan Lewat Hari Ini-3 November 2016
- Xiaomi Mi A3 Rasmi Di Malaysia, Dijual Pada Harga Bermula RM899
- HTC Dijangka Perkenal 3 Model Telefon Pintar Penghujung Tahun Ini
- Anda Pengguna Celcom Xpax? Ini Cara Dapatkan Pulangan Tunai Ketika Tambah Nilai Kredit Atau Internet