Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PLUS Bakal Tambah Kaedah Pembayaran Tol Menerusi Kad Debit Dan Kredit

PLUS Bakal Tambah Kaedah Pembayaran Tol Menerusi Kad Debit Dan Kredit

Diterbitkan Ogos 14, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sering kali kita terlihat kereta yang memasuki plaza tol terpaksa menghidupkan lampu kecemasan dan ia berlaku akibat baki kad tidak mencukupi. Kaedah pembayaran mula dipermudahkan denganĀ  adanya Pay Direct dari Touch N’ Go yang menghubungkan e-dompet kepada kad fizikal, kini PLUS sedang berusaha untuk menambah lagi kaedah lain.

Memetik laporan dari Berita Harian, PLUS kini sedang menaik taraf infrastruktur plaza tol kendalian mereka untuk membolehkan pembayaran tol dibuat menerusi kad debit serta kad kredit yang mana ia akan dihubungkan terus pada sistem RFID PLUS

Selain dapat mengurangkan kesesakan di plaza tol, penambahan mod bayaran ini juga bakal menyenangkan pengguna PLUS dimana mereka tidak perlu membuat tambah nilai di kaunter mahupun kiosk.

Difahamkan juga, pihak pengendali lebuhraya itu sedang dalam proses membolehkan pengguna membuat pilihan bayaran menggunakan TnG eWallet. Naik taraf yang dijalankan PLUS dijangka selesai akhir tahun ini.

Sumber: Berita Harian

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
©2026 WISER.MY