Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR MagicWatch 2 Diumumkan, Bateri Mampu Bertahan Selama 2 Minggu

HONOR MagicWatch 2 Diumumkan, Bateri Mampu Bertahan Selama 2 Minggu

Diterbitkan November 26, 2019 ยท Dikemas kini November 26, 2019 oleh Helmi Samsuri

Dalam acara pelancaran telefon pintar HONOR V30 yang berlangsung sebentar tadi, pengeluar turut memperkenalkan jam tangan pintar HONOR MagicWatch 2.

Melalui penawaran ini, HONOR telah menyertakan beberapa spesifikasi menarik untuk bersaing dalam pasaran. Antara yang diperlengkapkan adalah ciri pantauan kadar degup jantung, kadar pembakaran kalori, kalis air dengan kedalaman sehingga 50 meter, serta mod riadah seperti berbasikal, berlari, mendaki dan banyak lagi.

HONOR MagicWatch 2.-side

Selain turut menjejak corak tidur pengguna, HONOR MagicWatch 2 juga menjanjikan kuasa bateri yang mampu bertahan sehingga 2 minggu (46mm) dan seminggu (42mm).

Dari segi reka bentuk, ia tampil dengan pilihan saiz iaitu 46mm (1.39 inci) dan 42mm (1.2 inci) yang kedua-duanya menggunakan skrin AMOLED.

Storan yang diberikan pula mampu memuatkan sehingga 500 koleksi lagu, memberikan hiburan ketika sesi riadah dilakukan. Untuk pasaran China, HONOR MagicWatch 2 diletakkan pada nilai 1099 yuan (~RM653) sehingga 1399 yuan (~RM831).

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY