Ia masih sebuah cip pemprosesan 7nm dan mempunyai 8 teras, tetapi penambahbaikan yang diberi pada ahli baru adalah dari segi kepantasan CPU dimana teras "Prime" ditingkatkan kepada 2.96GHz berbanding versi sebelumnya pada kelajuan 2.84GHz.
Seperti contoh Snapdragon 855, lapan teras CPU dibahagikan kepada dua set empat teras. Set teras lebih "besar" akan mendapat rekaan lebih baik dan pantas bagi tugasan berat, sementara set teras "kecil" adalah perlahan tetapi cekap kuasa untuk beban kerja yang lebih kecil.
Pada Snapdragon 855, teras Cortex A76 pada kelajuan 2.84GHz, tiga teras A76 pada 2.42GHz dan baki empat lagi teras Cortex-A55 pada kelajuan 1.8GHz. Kelajuan teras "Prime" yang ditingkatkan bermaksud hanya teras utama itu yang lebih pantas.
Tidak ketinggalan adalah bahagian GPU dimana menurut Qualcomm, Adreno 640 dijanjikan dengan prestasi grafik 15% lebih baik.
Cip pemprosesan terbaru ini djangka akan mula dipasarkan sekitar pertengahan tahun ini dan ia dikatakan bakal melengkapi telefon pintar yang memfokuskan kepada permainan mudah alih.
Sumber: Qualcomm
Berkaitan
- PLUS Bakal Perkenal Sistem RFID, Ujian Bermula Di 4 Plaza Tol
- Senarai Telefon Pintar Yang Disokong Pengecasan Pantas Qualcomm Quick Charge 4/4+
- OnePlus 8 Mungkin Hadir Dengan Reka Bentuk Seperti Ini
- HiSilicon Kirin 970 Dilapor Sedang Giat Dihasilkan, Bakal Bersaing Dengan Exynos 8895 Dan Snapdragon 835
- 3 Model Google Pixel Akan Dikuasakan Dengan Snapdragon 835, Dilancar Tahun Ini
- Imej Spesifikasi Snapdragon 735 Dikatakan Mula Tersebar
- Peranti Flagship Huawei Pada 2021 Mungkin Guna Cip Snapdragon
- Xiaomi Mi A3 Dan Mi A3 Lite Dikhabarkan Hadir Dengan Cip Snapdragon 730 dan 675
- OnePlus Bakal Perkenal Penjejak Kesihatan Tidak Lama Lagi
- Ini Alasan Mengapa Redmi 8 Menggunakan Snapdragon 439