Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS ROG Phone Mula Ditawarkan Dengan Harga Hampir Mencecah RM 8,000 Di China

ASUS ROG Phone 2 Bakal Jadi Peranti Terawal Menggunakan Snapdragon 855 Plus

Diterbitkan Julai 16, 2019 ยท Dikemas kini Julai 16, 2019 oleh Helmi Samsuri

Menyusuli pengumuman Snapdragon 855 Plus, ASUS turut sama menghadirkan berita baik untuk peminat yang menanti ASUS ROG Phone 2. Model generasi kedua tersebut telah dinyatakan bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru dari Qualcomm itu.

Diberikan beberapa tambah baik seperti peningkatan CPU dari 2.84GHz kepada 2.96GHz bagi teras “Prime”, bahagian grafik melalui Adreno 640 juga menjanjikan prestasi 15% lebih baik berbanding edisi sebelumnya.

Pelancaran ROG Phone 2 telah dijadualkan berlangsung pada 23 Julai hadapan. Selain menjadi peranti pertama menggunakan Snapdragon 855 Plus ini, ROG Phone 2 dikhabarkan akan hadir dengan paparan SuperAMOLED 120Hz, dwi kamera belakang, pengecasan pantas 30W serta bahagian memori sekurang-kurangnya 6GB RAM dengan storan 128GB.

Sumber: Tech Radar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY