Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Mula Mengacah Kehadiran ROG Phone 4

ASUS Mula Mengacah Kehadiran ROG Phone 4

Diterbitkan Januari 14, 2021 · Dikemas kini Januari 14, 2021 oleh Amalina Athman

Xiaomi menerusi sub-jenama Black Shark telah pun mengesahkan Black Shark 4 akan hadir tidak lama lagi. Telefon gaming berkenaan disahkan bakal dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh serta sokongan pengecasan pantas 120W. Ia juga dilaporkan telah memperoleh skor tertinggi di AnTuTu dengan 788,505 mata.

Kini, ASUS pula mula mengacah kehadiran telefon gaming mereka iaitu ASUS ROG Phone 4.

ASUS ROG Phone 4

Menerusi poster yang dimuat naik, ia menyatakan pengalaman akan dipertingkatkan bagi membolehkan pengguna memainkan permainan tanpa had.

Bagaimanapun, buat masa ini belum ada perincian lanjut mengenai spesifikasi yang didedahkan oleh ASUS. Telefon gaming ini dijangka bakal hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 888.

Dengan kehadiran poster ini, sudah tentu lebih banyak mengenainya akan didedahkan dari semasa ke semasa.

Sumber: Weibo via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY