ASUS Republic of Gamers (ROG) memperkenalkan ROG NUC 16, sebuah PC gaming kompak berkuasa tinggi yang direka untuk pemain, pencipta kandungan, dan pembangun AI.
Dikuasakan oleh Intel Core Ultra 9 290HX Plus dan NVIDIA GeForce RTX 5080 Laptop GPU, ROG NUC 16 ini menyokong sehingga 128GB DDR5-6400 RAM untuk prestasi terbaik dalam permainan FPS tinggi serta kerja kreatif sehingga resolusi 8K.
Dengan 1334 AI TOPS dan memori GPU 16GB GDDR7, ia mampu menjalankan pengiraan AI secara lokal dengan pantas, disokong oleh teknologi NVIDIA DLSS 4.5 untuk grafik lebih lancar.

Dari segi penyejukan, sistem QuietFlow Cooling dengan tiga kipas dan dwi-vapor chamber memberikan liputan haba CPU 12% lebih baik, sambil menurunkan suhu SSD daripada 72°C ke 59°C.
Walaupun berkuasa, ia beroperasi senyap di bawah 38 dBA, setara dengan suasana di dalam perpustakaan.
Reka bentuknya yang kompak dengan kerangka 3 liter serta boleh diletakkan dalam kedudukan menegak atau mendatar.

ROG NUC 16 Edisi Hitam akan tersedia mulai Mei 2026, dan ROG NUC 16 Edisi Putih Moonlight akan tersedia mulai Jun 2026 dengan harga jualan yang akan diumumkan kemudian.
{suggest}
