Maxis Tawar Akses 5G Percuma Sehingga 15 September

Lanjutan pengumuman pelancaran pelan 5G, pelanggan Maxis dan Hotlink kini boleh menikmati akses 5G dengan tempoh percubaan percuma selama sebulan, iaitu bermula hari ini sehingga 15 September 2023.

{suggest}

Bagi membolehkan akses 5G, ia memerlukan peranti dengan sokongan 5G, tetapan 5G pada peranti serta berada dalam liputan 5G. Untuk mendapat akses 5G, ikut langkah di bawah.

Pascabayar Maxis


Terlebih dahulu, anda perlu menyemak jika peranti mempunyai sokongan 5G dan jika pelan yang dilanggan layak untuk akses 5G.

Setelah itu, buka aplikasi Maxis dan klik pada ikon perkhidmatan 5G. Kemudian aktifkan 5G dengan mengikut arahan pada aplikasi. Pengguna juga boleh menyahaktifkan 5G pada bila-bila masa menggunakan langkah yang sama.

Maxis Business


Semua pelanggan pascabayar Maxis Business boleh menikmati akses percuma 5G selama 30 hari bagi peranti 5G mereka.

Pascabayar Hotlink


Sama seperti pelanggan pascabayar Maxis, buka aplikasi Hotlink dan klik pada ikon perkhidmatan 5G. Kemudian aktifkan 5G dengan mengikut arahan pada aplikasi. Pengguna juga boleh menyahaktifkan 5G pada bila-bila masa menggunakan langkah yang sama.

Prabayar Hotlink


Di aplikasi Hotlink (versi terkini), pergi ke tab "Others". Kemudian tekan "Buy Now" untuk akses percuma 5G selama sebulan. Anda akan menerima SMS pengesahan bagi akses pas 5G selama 30 hari.



Selepas tamat tempoh percubaan selama sebulan, iaitu pada 16 September 2023 dan seterusnya, semua pengguna bagi semua pelan akan dikenakan bayaran tambahan RM5/30 hari untuk akses 5G.

Maklumat lanjut boleh dirujuk melalui laman web rasmi Hotlink dan Maxis.