Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro Beri Saluran 100 Percuma Untuk Semua Pelanggan Sempena Hari Kebangsaan

Astro Beri Saluran 100 Percuma Untuk Semua Pelanggan Sempena Hari Kebangsaan

Diterbitkan Ogos 18, 2022 · Dikemas kini Ogos 18, 2022 oleh ariff bukhari

Sempena meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2022 ini, para pelanggan Astro boleh menonton lebih daripada 150 program pelbagai genre hiburan, variasi, drama, fakta, filem, telefilem, filem pendek dan kanak-kanak di Gemilang Saluran 100 menerusi TV, On Demand dan Astro GO.

Saluran percuma ini adalah khas untuk semua pelanggan Astro bermula 21 Ogos sehingga 18 September 2022.

Berkaitan

  • Ada Kandungan Menarik Dan Konsert Istimewa Buat Penonton Sempena Astro 25
  • 'One Piece' Versi 'Live-Action', Ini 6 Lagi Pelakon Tambahan
  • 7 Fenomena Menarik Dalam Kalendar Astronomi Bulan Ogos 2022 Ini

Antara barisan kandungan terkini dan bakal ditayangkan buat pertama kali di saluran itu adalah:-

All Together Now Malaysia Merdeka Special

  • Memaparkan selebriti-selebriti tersohor negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan generasi yang inginkan trofi khas All Together Now Merdeka 

Satu Tong

  • Komedi yang dibintangi Andy Teh, Elizabeth Tan dan Shah Iskandar mengisahkan masalah yang sering dialami rakyat Malaysia termasuk gangguan bekalan air. 

Malaysia In Their Eyes dan The Conservationists

  • Dokumentari pertama memaparkan keindahan negara kita menerusi mata lapan penduduk asing yang berkongsi kisah kehidupan mereka di Malaysia, berkongsi mengapa mereka memilih Malaysia sebagai rumah baharu mereka dan mengingatkan kita kekayaan budaya dan kehidupan yang sudah menjadi kebiasaan kita

270 min Ke Piala Asia

  • Sebuah dokumentari yang merakam perjalanan pasukan bola sepak negara yang penuh dengan tangisan, kegembiraan dan pengorbanan secara kronikal dalam melayakkan diri ke Piala Asia AFC 2023 buat pertama kali dalam 42 tahun

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

  • Filem blokbuster penuh aksi mengenai pengorbanan Tentera Udara Diraja Malaysia, serta semangat patriotisme ketika mereka berkhidmat dan menjaga keselamatan kita semua. Filem ini akan ditayangkan pada 25 Ogos dan dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Dato Adi Putra, Aiman Hakim, Nas-T, Sara Ali dan banyak lagi. 

Chit Chat Ceria

  • Memaparkan bagaimana kanak-kanak melihat Malaysia yang berbeza dengan golongan dewasa menerusi interaksi dengan hos Alif Satar, Sissy Iman serta tetamu-tetamu undangan, Datuk Aznil Haji Nawawi dan Michael Ang.

Selain itu saksikan juga Kampunglympics and Agak-Agak Cooking Show serta filem-filem kesayangan rakyat Malaysia termasuk Ola Bola, Hantu Kak Limah, The Journey, The Garden of Evening Mists, Paskal, Polis Evo 1 & 2, The Kid from The Big Apple, P. Ramlee Movies, Boboiboy The Movie 2 dan banyak lagi. 

Sumber: Media Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY