Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ada Kandungan Menarik Dan Konsert Istimewa Buat Penonton Sempena Astro 25

Posted on September 23, 2021

Sebelum ini, Astro ada menyajikan 150 kandungan istimewa bersempena sambutan hari kebangsaan dan ulang tahun Astro 25. Tidak terhenti disitu, mereka juga mempunyai konsert istimewa buat penonton setianya menerusi ‘Astro Concert 25’.

Apa yang menarik tentangnya, konsert berdurasi 3 jam itu dihoskan artis popular tanah air Nabil Ahmad dan personaliti radio Ean, Arnold dan Aishah Sinclair.

Sementara ia bakal dihadiri artis ternama tempatan seperti Datuk Hattan, Misha Omar, Ella, Dayang Nurfaizah serta artis antarabangsa seperti Jason Mraz, Pink Sweat$, Kim Jong Kook dan ramai lagi.

Astro 25 Concert ini akan bersiaran pada hari sabtu, 25 September, jam 9 malam di Astro saluran 100 dan turut boleh distrim menerusi Astro Go.

Tambahan lagi, penonton juga boleh menyaksikan tayangan perdana dokumentari Tanah Tumpahnya Darah Kita dan We Are No Different yang juga ditayangkan di Astro 25 (saluran 100).

Dalam pada itu, setelah sekian lama, beberapa rancangan menarik kini kembali dan sudah bermula buat peminat tempatan. Contohnya All Together Now Malaysia, Astro Golden Melody 2021, drama The Hotel, Big Boss dan program kegemaran ramai Sepahtu Reunion Live 2021.

Sumber: Siaran Akhbar Astro

Baca juga:

  • Astro Mengemaskini Kandungan TV Dengan Saluran Baharu
  • Aplikasi My Astro Dikemaskini, Lebih Mudah Untuk Membuat Urusan
  • Lionsgate Play – Perkhidmatan Penstriman Baharu Akan Masuk Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress