Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

‘One Piece’ Versi ‘Live-Action’, Ini 6 Lagi Pelakon Tambahan

Posted on Mac 11, 2022

Tahun lepas, Netflix mengumumkan akan menerbitkan siri anime terkenal “One Piece” versi ‘live-action’ bersama barisan pelakon utamanya. Terbaru, Netflix mengumumkan enam lagi pelakon baharu yang akan ditampilkan dalam siri ini.

If he’s going to be pirate king he is going to face many challenges along the way.
New @OnePieceNetflix cast right here
         👇
Si va a convertirse en rey de los piratas, deberá afrontar incontables desafíos.
Nuevo reparto de @OnePieceNetflix pic.twitter.com/ApQjKMtRfN

— Netflix Anime (@NetflixAnime) March 8, 2022

Keenam-enam pelakon di atas bakal menyertai barisan pelakon lain yang telah diumumkan sebelum ini iaitu:

  • Iñaki Godoy sebagai Monkey D. Luffy
  • Emily Rudd sebagai Nami
  • Mackenyu Arata sebagai Roronoa Zoro
  • Jacob Romero Gibbs sebagai Usopp
  • Taz Skylar sebagai Sanji
one piece live-action
Sumber: Anime Corner

Berdasarkan manga Jepun terkenal dengan nama yang sama, “One Piece”, berkisar tentang Monkey D. Luffy, seorang anak muda yang memulakan ekspedisi untuk menjadi raja lanun dan mencari harta karun “One Piece”.

Siri ini telah ditetapkan untuk hadir dengan 10 episod di Netlix. Selain manga, 20 musim dan lebih 1000 episod siri anime “One Piece” telah ditayangkan sehingga kini selain 14 filem animasi.

“One Piece” juga adalah salah satu daripada beberapa adaptasi aksi langsung bagi siri anime dan manga terkenal yang sama ada telah dikeluarkan atau sedang dalam pembikinan untuk ditayangkan di Netflix.

Masih belum diumumkan tarikh tayangan namun dikhabarkan penggambaran “One Piece live-action” ini telah dimulakan sejak tahun lalu.

Sumber: Screen Rant

Baca juga:

  • Netflix Kekal Pendirian, Tak Mahu Tawar Pelan Macam Disney+
  • Pengguna Astro Ulti Box Dah Boleh Strim Netflix
  • Netflix Naikkan Harga Untuk Semua Pelan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress