Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huaweiusflagre2_Nikkei Asia

AS Dilapor Tambah Sekatan Eksport Terhadap Huawei, Sasar Teknologi 4G Dan Wi-Fi 6

Diterbitkan Februari 1, 2023 oleh Amalina Athman

Pada tahun 2019, Amerika Syarikat (AS) telah meletakkan Huawei dalam senarai hitam perdagangan, yang bermakna syarikat AS memerlukan lesen khas untuk meneruskan perdagangan. Lesen telah diberikan kepada beberapa syarikat seperti AMD, Intel dan Qualcomm, yang kemudiannya dibenarkan untuk menghantar cip 4G sahaja.

Sejak sekatan itu dilakukan, ianya telah memberi kesan besar kepada syarikat China itu, terutamanya untuk teknologi cip 5G.

Berkaitan

  • Ini Mengapa Telefon Baru Huawei Tak Sokong Rangkaian 5G
  • Siri Huawei P60 Tertiris, Ini Mungkin Rekaan Dan Spesifikasinya
  • Walaupun Disekat, Huawei Masih Catat Peningkatan Positif Di China

Seperti menambah “luka” sedia ada, AS kini dilapor mahu menghentikan pemberian lesen eksport kepada syarikat AS bagi penghantaran cip atau teknologi yang melibatkan 4G, Wi-Fi 6 dan 7 serta teknologi yang berkaitan kecerdasan buatan dan pengkomputeran awan.

Jika sekatan itu dilaksanakan kelak, sudah tentu ia akan memberikan kesan lebih besar kepada Huawei, yang ketika ini masih bergelut dengan sekatan sedia ada. Untuk rekod, pada 2020 Huawei terpaksa menjual sub-jenamanya, Honor untuk membolehkan jenama itu terus menghasilkan telefon pintar dengan cip 5G dan menawarkan Google Play Store.

Sumber: 9to5Mac

Gambar utama: Nikkei Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
©2026 WISER.MY