Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huaweiusflagre2_Nikkei Asia

AS Dilapor Pertimbang Senarai Hitam Rangkaian Cip Huawei

Diterbitkan Mac 20, 2024 oleh Amalina Athman

Pentadbiran Biden kini sedang mempertimbangkan untuk menyenaraihitamkan beberapa firma semikonduktor China yang dikaitkan dengan Huawei Technologies, lapor Bloomberg News.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • Huawei Failkan Paten Pengimbas Ultrasonik Baharu, Lebih Pantas Dan Tepat

Antara syarikat yang berpotensi disenarai hitam termasuk Qingdao Si’En, SwaySure, Shenzhen Pensun Technology, serta pembuat cip memori terkemuka China, ChangXin Memory Technologies (CXMT).

Semua syarikat ini mungkin ditambahkan pada Senarai Entiti AS, bermaksud syarikat Amerika yang ingin menjalankan perniagaan dengan mereka memerlukan kebenaran khas untuk berbuat demikian.

Di sebalik semua pembuat cip ini, sumber berkata dua firma lagi mungkin ditambah, yang bertindak sebagai proksi untuk membantu Huawei mendapatkan “peralatan larangan” bagi mengeluarkan modem dan teknologi 5G.

Terdahulu, Huawei berjaya mengeluarkan cip Kirin 9000S pada proses FinFET 7nm sendiri dalam masa tiga berbanding lima tahun, seperti yang diramalkan oleh beberapa pakar AS.

Sumber: Bloomberg, via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY