Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China car software_

AS Cadang Haramkan Perisian, Perkakasan Kenderaan Dari China

Diterbitkan September 24, 2024 · Dikemas kini September 24, 2024 oleh Amalina Athman

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mencadangkan peraturan baharu untuk mengharamkan perisian dan perkakasan dari China pada kenderaan di jalan raya AS berikutan kebimbangan keselamatan negara.

Peraturan yang dirancang itu, akan memaksa pembuat kereta di Amerika dan lain-lain kelak mengalih keluar perisian dan perkakasan utama China daripada kenderaan di negara tersebut.

Pentadbiran Biden dalam satu kenyataan berkata, kenderaan dengan perkakasan dan perisian dari China menimbulkan ancaman “akut” kepada keselamatan negara. Ini termasuk potensi untuk “sabotaj dan pengawasan, seperti melumpuhkan kenderaan dari jauh di tengah jalan.”

Peraturan itu akan meliputi apa sahaja yang menghubungkan kenderaan ke dunia luar, seperti komponen Bluetooth, Wi-Fi, selular dan satelit, serta sistem pemanduan automatik (ADS), yang membolehkan kenderaan berautonomi tinggi beroperasi tanpa pemandu di belakang.

Ia turut membangkitkan kebimbangan bahawa teknologi seperti kamera, penderia dan komputer atas kapal boleh dieksploitasi oleh musuh asing untuk mengumpul data sensitif tentang warga AS dan infrastrukturnya.

Cadangan itu akan menjadikan larangan perisian berkuat kuasa pada tahun model 2027, dan larangan perkakasan akan berkuat kuasa pada tahun model 2030, atau 1 Januari 2029 untuk unit tanpa tahun model.

Jabatan Perdagangan AS memberikan tempoh 30 hari kepada orang ramai untuk mengulas cadangan itu dan menjangkakan ia dapat dimuktamadkan selewat-lewatnya pada 20 Januari 2025. Peraturan itu akan meliputi semua kenderaan di jalan raya tetapi tidak termasuk kenderaan pertanian atau perlombongan yang tidak digunakan di jalan awam, serta dron dan kereta api.

Berkaitan

  • Galakan Teksi Robot Di China Cetus Kebimbangan Kehilangan Kerja Di Kalangan Pemandu
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Malaysia Teroka Teknologi UAV Dengan Kerjasama China
  • ‘Lautan’ Panel Suria Dibangunkan Di Kawasan Gurun China
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: Reuters

Gambar utama: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY