Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galakan Teksi Robot Di China Cetus Kebimbangan Kehilangan Kerja Di Kalangan Pemandu

Galakan Teksi Robot Di China Cetus Kebimbangan Kehilangan Kerja Di Kalangan Pemandu

Diterbitkan September 3, 2024 · Dikemas kini September 3, 2024 oleh ariff bukhari

Galakan penggunaan teksi robot di China telah mencetuskan kebimbangan keselamatan pekerjaan di kalangan pemandu di sana.

Pada Selasa minggu lalu, China telah mengeluarkan sejumlah 16,000 lesen ujian untuk kenderaan autonomi dan membuka 32,000 kilometer jalan ujian awam.

Pada bulan Jun, kerajaan di sana juga memberi lampu hijau kepada 9 pembuat kereta domestik, termasuk BYD dan Nio, untuk mula menguji teknologi pemanduan automatik bersyarat di jalan awam tertentu.

Platform e-panggilan kenderaan pandu sendiri Baidu, Apollo Go mempunyai kira-kira 400 teksi robot yang beroperasi di Wuhan – wilayah operasi terbesarnya – dan merancang untuk meningkatkannya kepada 1,000 menjelang akhir tahun dengan penguasaan bahagian dalam pasaran itu hanya kira-kira 1% sahaja.

Tetapi semua tindakan itu telah menyebabkan ramai pengguna media sosial China mengatakan pemanduan autonomi sebagai ‘kacau periuk nasi’ atau menyebabkan mereka tidak bekerja.

Walau bagaimanapun, disebalik kebimbangan itu, pakar berkata teknologi itu sudah mewujudkan pekerjaan baharu dengan mengatakan mobiliti autonomi akan matang secara beransur-ansur.

Tambahan lagi, menurut penganalisis dari Counterpoint Research, mereka tidak akan kehilangan kerja. Malah, kerajaan juga boleh bekerjasama dengan syarikat robotaxi.

Beliau juga bersetuju inovasi akan “mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan pekerjaan baharu kerana teknologi” dengan  menamakan beberapa peluang pekerjaan lain seperti keselamatan siber, ujian dan pengesahan kenderaan dan pembangunan perisian.

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Motosikal Baharu 150cc Ke Atas Perlu Dilengkapi ABS Mulai Tahun Depan
  • Indonesia Pertimbang Sekat Telegram, Bigo Live

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY