Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CHINA-INNER MONGOLIA-SOLAR POWER PROJECT (CN)

‘Lautan’ Panel Suria Dibangunkan Di Kawasan Gurun China

Diterbitkan September 12, 2024 oleh Rushsyafizal

Stesen Janakuasa Suria Junma di Kampung Chaideng, sebahagian daripada projek “dinding fotovolta yang hebat,” telah mengubah kawasan gersang Gurun Kubuqi, wilayah Inner Mongolia Autonomous di utara China menjadi kawasan hijau.

Projek ini melibatkan pemasangan panel suria sepanjang 400km dengan kapasiti terpasang sebanyak 100 juta kilowatt.

Panel suria ini tidak hanya menjana tenaga bersih tetapi juga mempercepatkan penyejatan air bawah tanah sebanyak 20 hingga 30%, mengurangkan kelajuan angin, dan menyediakan teduhan, yang menyokong pertumbuhan tumbuh-tumbuhan tempatan.

‘Lautan’ Panel Suria Dibangunkan Di Kawasan Gurun China
Foto: people.cn

Di kawasan gersang, penyepaduan pam air yang berkuasa suria dengan pengairan titisan telah terbukti sebagai satu kaedah yang berkesan untuk menghijaukan landskap gurun.

Selain manfaat ekonomi dalam menghasilkan tenaga hijau, stesen ini juga menawarkan manfaat ekologi dan sosial dalam memerangi penggurunan.

Pada tahun 2023, lebih 3,000 pekerja, kebanyakannya petani tempatan, telah diambil bekerja dengan pendapatan harian antara 300 hingga 500 yuan. Ia adalah hasil daripada pemasangan 2.18 juta panel suria.

‘Lautan’ Panel Suria Dibangunkan Di Kawasan Gurun China
Foto: people.cn

Wang Ming, seorang petani tempatan, melaporkan peningkatan pendapatan tahunan sebanyak hampir 10,000 yuan melalui kerja di projek ini.

Selain itu, Inner Mongolia Energy Group turut memanfaatkan jerami bunga matahari untuk membina penghalang pasir, mengatasi penggurunan dan menyediakan pendapatan tambahan kepada petani.

Menjelang 2030, projek ini dijangka mencipta 50,000 peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan dan menambah pengeluaran industri ekologi.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), mereka menyifatkan projek tersebut sebagai “kuasa tenaga boleh diperbaharui dunia” dan IEA turut mengunjurkan yang China bakal menyumbang hampir 60% daripada kapasiti tenaga boleh diperbaharui di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Pelan Google One Lite Kini Tersedia Di Beberapa Negara, Harga Lebih Mampu Milik
  • Sistem e-Sisa Untuk Kenal Pasti Lokasi Berisiko Jadi Tempat Pembuangan Sisa
  • Google Kemas Kini Antara Muka Play Store Apabila Memasang Aplikasi
  • Pengguna Di Malaysia Kini Boleh Guna Taobao Dalam Bahasa Inggeris
  • Paten Dedah EV Tesla Mungkin Akan Sokong Pengecasan Wayarles

Sumber : Xinhua, people’s daily one

Gambar Utama : Xinhua

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY