Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelayar Opera Lancar eSIM Dengan Data Percuma Untuk Melancong Ke Luar Negara

Pelayar Opera Lancar eSIM Dengan Data Percuma Untuk Melancong Ke Luar Negara

Diterbitkan Oktober 1, 2026 oleh ariff bukhari

Pelayar Opera kini menawarkan ciri baharu yang bakal mengubah cara pengguna melancong ke luar negara iaitu dengan memperkenalkan integrasi eSIM terus dalam pelayar.

Pengguna boleh membeli dan mengaktifkan pelan data perjalanan tanpa perlu aplikasi tambahan atau mencari kiosk di lapangan terbang.

Lebih menarik, Opera menawarkan 3GB data percuma selama tiga hari kepada pengguna baharu, tanpa bayaran atau maklumat peribadi.

Ciri ini tersedia di 47 destinasi global, termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan banyak lagi.

Cuma, buat masa ini, data percuma tersebut hanya tersedia untuk pengguna yang berada di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis, Kanada, Emiriah Arab Bersatu, Brazil, Belanda, Norway, Sweden dan Poland, di mana mereka boleh menggunakannya di mana-mana daripada lebih 45 destinasi yang disokong oleh eSIM tersebut.

eSIM Opera ini pula hanya tersedia menerusi aplikasi Opera untuk Android sahaja, bukan aplikasi Opera Mini atau Opera GX versi mudah alih.

Opera eSIM
eSIM Opera menyokong rangkaian 5G di lokasi tertentu, dan secara automatik memilih sambungan terbaik yang ada.

Untuk mendapatkan eSIM Opera dengan data 3GB percuma yang sah selama tiga hari ini, anda perlu;

  1. Muat turun atau kemas kini Opera untuk Android.
  2. Ketik ikon profil di bahagian bawah sebelah kanan skrin dan tatal ke bawah.
  3. Ketik pilihan eSIM.
  4. Kemudian, ketik “Claim now“
  5. Seterusnya, pilih negara destinasi dan buat pengesahan.
Pelayar Opera Lancar eSIM Dengan Data Percuma Untuk Melancong Ke Luar Negara
Pastikan telefon Android anda mestilah menyokong eSIM, tidak dikunci oleh pembekal, dan menggunakan Android 10 ke atas.

Selepas tempoh percuma tamat, anda boleh menambah data dengan pilihan 3GB, 5GB atau 10GB, serta menggunakan eSIM yang sama sepanjang pengembaraan anda di luar negara.

Ketahui lebih lanjut tentang penawaran eSIM oleh pelayar Opera ini dengan melayari eSIM in Opera for Android: how-to guide – Blog | Opera Mobile

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Travel eSIM Truecaller Kini Tersedia Untuk Pengguna iPhone Di Malaysia
  • Malaysia Negara Ke-34 Paling Berinovatif Di Dunia, Atasi Indonesia, India Dan Thailand

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY