The Wall oleh Samsung dan teknologi sistem paparan LED Kristal yang dibangunkan Sony Corp. juga dinobatkan sebagai “Display of the Year”.
Persatuan bagi Paparan Maklumat (SID) telah mengumumkan pemenang paparan sempena Anugerah Tahunan Industri Paparan kali ke 25 pada tahun ini.
Produk yang telah dipilih untuk memenangi anugerah ini dilihat dari aspek kemajuan teknologi yang dibangunkan serta ciri-ciri cemerlang yang dimuatkan pada sesebuah produk itu.
Untuk tahun 2019 ini, SID telah menobatkan jam pintar Apple Watch Series 4 sebagai produk “Display Of The Year”.
SID menyimpulkan, paparan jam pintar Apple Watch generasi ke-4 dari Apple Inc. ini telah berjaya menggabungkan perkakasan dan perisian ke dalam satu bentuk tunggal.
Paparan menarik peranti tersebut yang kini saiznya 30% lebih besar daripada model sebelumnya telah disatukan ke dalam bentuk yang lebih nipis dan kecil.
Sekaligus memberi kelebihan terhadap antaramuka barunya yang mampu memaparkan lebih banyak maklumat dengan lebih terperinci kepada penggunanya.
Malah teknologi paparan yang dikenali sebagai Low Temperature Polycrystalline Oxid (LTPO) yang gunakan pada Apple Watch Series 4 ini turut meningkatkan kecekapan urus tenaga pada peranti tersebut.
Selain daripada Apple Watch Series 4, produk paparan dari Samsung yang dipanggil sebagai The Wall juga turut dinobatkan sebagai “Display Of The Year”.
Juga sebuah lagi produk yang dinobatkan sebagai “Display Of The Year” adalah sistem paparan LED Kristal yang dibangunkan oleh Sony Corp.
Acara Anugerah Industri Paparan ini akan diadakan pada 15 Mei 2019 di San Jose Convention McEnery Center, California. Anugerah tersebut juga adalah sebahagian daripada acara bagi sepanjang minggu paparan yang akan berlangsung dari 12 hingga 17 Mei ini.
Berkaitan
- Kemas Kini Khas Untuk iPhone 12, Apple Tegaskan Ia Selamat Diguna Di Seluruh Dunia
- Huawei Akan Perkenalkan Pesaing Kepada Cip Audio Apple H1
- Langganan Apple Arcade Mula Ditawarkan Kepada Pengguna Peranti iOS
- Digi Memudahkan Anda Menyumbangkan Peranti Yang Tidak Lagi Digunakan Kepada Pelajar B40
- Kesemua Kandungan Di Platfom Yahoo Groups Akan Dipadam Pada 14 Disember 2019
- Tim Cook: Produk Apple Akan Datang Akan “Blow You Away”
- Chelsea vs Liverpool Carian Paling Trending Di Malaysia Pada Februari 2024
- Apple Mungkin Sudah Bersedia Lancarkan Cip M3 Untuk 'Mac'
- ASUS Mengumumkan Model Terbaru Zephyrus G14 Dan Zephyrus G15
- Huawei Membantu Celcom Menangani Kesesakan Trafik Dan Kelancaran Peralihan Rangkaian 4G Kepada 5G