Kesemua Kandungan Di Platfom Yahoo Groups Akan Dipadam Pada 14 Disember 2019

Yahoo Groups masih wujud tapi akses di dalamnya akan dihadkan.


Jika anda adalah dikalangan pengguna minoriti yang masih menggunakan platfom Yahoo Groups, anda disyorkan supaya segera memuat turun semua kandungan yang pernah dimuat naik ke platfom tersebut segera.

Ini kerana pihak Yahoo telah mengumumkan hari ini bahawa mereka akan mula memadam kandungan di dalam Yahoo Groups sepenuhnya pada 14 Disember 2019.

Pengguna pula bermula 28 Oktober ini tidak lagi akan boleh memuat naik kandungan ke Yahoo Groups.

"Yahoo has made the decision to no longer allow users to upload content to the Yahoo Groups site. Beginning October 28, you won't be able to upload any more content to the site, and as of December 14 all previously posted content on the site will be permanently removed. You'll have until that date to save anything you've uploaded." Yahoo.

Walaubagaimanapun, tidak diketahui adakah tindakan Yahoo ini menandakan mereka akan menamatkan platfom Yahoo Groups sepenuhnya. Ini kerana, menurut Yahoo, pengguna masih boleh mengakses ke platfom tersebut tetapi akses adalah terhad.

"The Yahoo Groups site will continue to exist, however, all public groups will be made private or restricted. Any new group members will need to request an invite or be invited by an admin. Admins will still be able to manage various group settings, though some functionality will be limited." Yahoo.

https://twitter.com/YahooCare/status/1184466112106205184

Jadi, sekiranya terdapat kandungan-kandungan bernilai pada anda di Yahoo Groups seperti fail, foto, pautan, folder dan lain-lain, segeralah menyelamatkan kandungan di platfom tersebut sebelum 14 Disember ini.