Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple M3

Apple Mungkin Sudah Bersedia Lancarkan Cip M3 Untuk ‘Mac’

Diterbitkan Mei 17, 2023 ยท Dikemas kini Mei 17, 2023 oleh ariff bukhari

Selepas hampir setahun cip M2 dilancarkan, Apple kini dilaporkan mungkin sudah bersedia untuk melancarkan cip M3 pula untuk komputer Macintosh akan datang.

Cip M3 yang dikhabarkan itu didakwa terdiri daripada versi 12 teras CPU dan sedang diuji.

Malah ia juga akan hadir dengan versi M3 Pro yang mungkin akan mempunyai bilangan teras yang sama bersama-sama dengan 18 teras grafik dan memori 36GB.

Apple pada awal tahun 2023 ini sudah pun melancarkan versi cip cip M2 Pro dan M2 Max.

Untuk M2 Pro, ia mempunyai 12-teras CPU dan konfigurasi sehingga 19-teras dan menyokong sehingga 32GB RAM.

Manakala untuk cip M2 Max pula, ia mempunyai 12-teras CPU yang sama seperti M2 Pro, namun menawarkan kuasa GPU yang lebih berkuasa sehingga 38-teras dan menyokong sehingga 96GB RAM.

Cip Apple M3 nanti dijangka akan menguasakan model-model kompter Apple Macintosh terbaru dengan di antaranya mungkin untuk model sulung MacBook Air bersaiz 15 inci.

Apple dijadual akan mengadakan acara tahunan mereka iaitu WWDC 2023 yang akan berlangsung dari 5 hingga 9 Jun 2023.

Apple mungkin akan memberikan preview awal terhadap perkakasan yang mereka sedang usahakan sebelum kemunculan produk rasminya nanti.

Berkaitan

  • MacBook Air 15 Inci Dijangka Hadir Tahun Ini
  • Apple WWDC23 Akan Berlangsung 5 Hingga 9 Jun, iOS 17 Antara Tumpuan
  • Apple Sudah Daftar Tanda Nama "xrOS" Menjelang WWDC Pada Bulan Depan

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY