Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Huawei Membantu Celcom Menangani Kesesakan Trafik Dan Kelancaran Peralihan Rangkaian 4G Kepada 5G

Posted on Julai 16, 2021Julai 16, 2021

Huawei Technologies Malaysia Sdn Bhd (Huawei) hari ini memaklumkan, mereka bekerjasama dengan penyedia rangkaian telekomunikasi Celcom Axiata Bhd (Celcom) dengan melancarkan pemasangan teknologi rangkaian FDD Smart 8T8R komersial berskala besar pertama di dunia.

Kerjasama itu adalah bagi menangani pertumbuhan pesat trafik data dan kesesakan rangkaian Celcom.

Celcom kini merekodkan peningkatan trafik data hampir sebanyak 70% atau bersamaan dengan sejumlah 474 GB juta data berbanding suku pertama awal tahun ini.

Secara purata, pada tahun ini seorang pengguna Celcom menggunakan data sebanyak 21.8GB/bulan. Ia adalah 6.9GB data lebih banyak berbanding tahun lalu di mana hanya sebanyak 14.9GB/bulan sahaja digunakan oleh seorang pengguna Celcom tahun lalu.

Jadi dengan penggunaan teknologi tangkaian FDD Smart 8T8R itu, ia akan dapat mengurangkan kesesakan trafik rangkaian Celcom kepada hampir 80% serta membantu kelancaran peralihan rangkaian 4G Celcom kepada 5G nanti.

Setakat ini, tapak 8T8R di 4 buah negeri termasuklah Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang telah digunakan oleh Celcom.

Celcom juga akan menaik taraf lebih banyak lokasi 4G mereka dengan teknologi 8T8R di seluruh negara.

Sumber: Huawei Malaysia

Baca juga:

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress