Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch SE_2022

Apple Watch SE Dengan Rekaan Baharu Dijangka Lancar Tahun Ini

Diterbitkan Januari 13, 2025 ยท Dikemas kini Januari 13, 2025 oleh Amalina Athman

Apple Watch SE generasi ke-3 dijangka akan dilancarkan pada lewat tahun ini dengan ‘berwajah baharu’, menurut laporan Mark Gurman daripada Bloomberg.

Dalam siaran Power On, Gurman menyebut bahawa Apple Watch SE yang direka semula akan menjadi salah satu daripada pelbagai produk baharu yang dirancang akan dilancarkan pada 2025. Beliau tidak mendedahkan butiran terperinci, selain menyatakan ia akan hadir dengan ‘rupa baharu’.

Pada Julai dan September tahun lalu, Gurman berkata Apple sedang menguji versi baharu Apple Watch SE dengan binaan plastik.

Ketika itu, beliau menyatakan Apple menghadapi beberapa “cabaran kos dan kualiti” dengan menukar binaan daripada aluminium kepada plastik – yang mana tidak disebutnya dalam laporan terkini.

Selain perubahan reka bentuk, model baharu Apple Watch SE dijangka akan menawarkan cip baharu, yang memberikan prestasi lebih pantas berbanding model semasa.

Sementara itu, Apple Watch SE yang dilancarkan pada 2022 kini dijual pada harga bermula RM999.

Berkaitan

  • Apple Dilapor Uji Watch SE Dengan Binaan Plastik Untuk Jimat Kos
  • Apple Watch Ultra 2025 Akan Dapat Menghantar Teks Melalui Satelit - Mark Gurman
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Terima Kelulusan MDA, Ciri Notifikasi Sleep Apnea Pada Apple Watch Dijangka Hadir Tak Lama Lagi

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY