Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
blood oxygen apple watch iOS 18.6.1_

Apple Watch Dengan Ciri Oksigen Darah Dibenar Import, Masimo Saman Kastam AS

Diterbitkan Ogos 21, 2025 oleh Amalina Athman

Minggu lalu, Apple mengumumkan ciri pemantauan oksigen dalam darah yang ‘direka semula’ pada Apple Watch untuk pasaran Amerika Syarikat. Ramai menjangkakan Masimo, syarikat teknologi perubatan yang sebelum ini menyaman Apple berhubung paten ciri berkenaan, akan mengambil langkah susulan.

Jangkaan itu menjadi nyata apabila Masimo kini memfailkan saman terhadap Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP).

Syarikat itu mendakwa agensi tersebut telah melampaui kuasa serta melanggar prosedur sewajarnya apabila membatalkan keputusan terdahulu pada 1 Ogos dan membenarkan Apple mengembalikan semula ciri berkenaan.

CBP menukar pendiriannya mengenai rekaan semula Apple Watch dan iPhone melalui prosiding ex parte. Secara khusus, pada 1 Ogos 2025, CBP mengeluarkan keputusan ex parte yang membenarkan Apple mengimport peranti yang, apabila digunakan bersama iPhone yang sudah ada di Amerika Syarikat, menawarkan fungsi sama seperti yang didapati melanggar paten Masimo oleh ITC (Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa AS).

Lebih mengejutkan, Masimo berkata pihaknya hanya mengetahui tentang keputusan itu pada 14 Ogos 2025, iaitu selepas Apple mengumumkan pemulihan ciri berkenaan secara terbuka.

Masimo turut berhujah bahawa tindakan CBP “secara tidak langsung membatalkan” perintah pengecualian ITC terhadap Apple, sedangkan pertikaian paten antara kedua-dua syarikat masih berlanjutan.

Syarikat itu kini meminta mahkamah mengeluarkan perintah sekatan sementara serta injunksi awal bagi menghalang keputusan CBP, dan mengembalikan semula keputusan asal yang “menetapkan bahawa Apple Watch dengan reka bentuk semula hanya boleh diimport jika fungsi yang melanggar paten itu dinyahaktif sepenuhnya.”

Berkaitan

  • Apple Kini Diharamkan Menjual Apple Watch Series 9, Ultra 2 Di Amerika Syarikat
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Apple Kembalikan Ciri Oksigen Darah Untuk Apple Watch Di AS

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY