Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Series 8 Diumumkan – Dilengkapi ‘Crash Detection’, Sensor Suhu Baharu

Apple Watch Series 8 Diumumkan – Dilengkapi ‘Crash Detection’, Sensor Suhu Baharu

Diterbitkan September 8, 2022 · Dikemas kini September 8, 2022 oleh Amalina Athman

Pada acara yang berlangsung di Cupertino awal pagi ini, Apple memulakan acara khas dengan pengumuman barisan jam tangan pintar terbaharu termasuk Apple Watch Series 8.

Dari segi rekaan, Apple masih mengekalkan rekaan sama seperti Apple Watch Series 7 dengan menampilkan paparan yang lebih besar, menjalankan watchOS 9 serta sensor suhu yang baharu dengan fokus kepada kesihatan wanita.

Apple Watch Series 8 Diumumkan – Dilengkapi ‘Crash Detection’, Sensor Suhu Baharu

Sensor baharu ini boleh membaca suhu pergelangan tangan bagi setiap 5 saat serta memaklumkan pengguna melalui aplikasi Health. Sensor suhu badan juga boleh menganggarkan ovulasi retrospektif dan sebagainya.

Apple Watch Series 8 Diumumkan – Dilengkapi ‘Crash Detection’, Sensor Suhu Baharu

Apple Watch Series 8 mempunyai jangka hayat bateri selama 18 jam. Sebagai tambahan, ia turut dilengkapi Low Power Mode yang membolehkan ketahanan bateri sehingga 36 jam. Antara lainnya adalah Crash Detection, yang boleh diaktifkan secara automatik bagi menghubungkan pengguna dengan perkhidmatan kecemasan, menyediakan lokasi dan memaklumkan kenalan jika berlaku kecemasan.

apple watch series 8 (1)

Diperkenalkan dengan dua pilihan saiz iaitu 41mm dan 45mm, Apple Watch Series 8 ditawarkan pada tanda harga permulaan masing-masing RM1,899 dan RM1,999.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY