Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
watch se

Apple Watch SE Generasi Kedua Diperkenal Dengan Harga Lebih Murah

Diterbitkan September 8, 2022 oleh Amalina Athman

Selain pengenalan Apple Watch Series 8 dan Apple Watch Ultra, turut diumumkan adalah Apple Watch SE generasi kedua sebagai naik taraf bagi Apple Watch SE sedia ada.

Apple Watch Series 8 Diumumkan – Dilengkapi ‘Crash Detection’, Sensor Suhu Baharu

Watch SE didatangkan dengan pemproses S8 SiP, iaitu cip yang sama digunakan pada Apple Watch Series 8 dan Apple Watch Ultra. Ia menjadikannya 20% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya.

Berkaitan

  • Rasmi, Apple Watch Ultra - Sasar Aktiviti Lasak, Bateri Tahan 60 Jam Untuk RM3,799
  • Apple Watch Series 8 Diumumkan - Dilengkapi 'Crash Detection', Sensor Suhu Baharu

Selain itu, Watch SE generasi kedua ini menjalankan watchOS 9. Antara lainnya, ia juga menerima sokongan ciri keselamatan Crash Detection.

Apple Watch SE Generasi Kedua Diperkenal Dengan Harga Lebih Murah

Apple Watch SE 2 ditawarkan dengan dua pilihan saiz iaitu 40mm dan 44mm bersama kerangka aluminium dengan warna Midnight, Starlight dan Silver. Apple Watch SE generasi kedua ini diletakkan pada tanda harga bermula RM1,199.

Buat masa ini, belum lagi diketahui bila ia akan tersedia untuk pasaran tempatan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY