Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Vision Pro_2

Apple “Vision Pro” Mungkin Perlu Dijenama Semula Untuk Pasaran China

Diterbitkan Jun 13, 2023 · Dikemas kini Jun 13, 2023 oleh Amalina Athman

Minggu lalu, Apple telah memperkenal set kepala AR/VR, iaitu Vision Pro dengan harga $3,499 (~RM16,186). Namun, syarikat berpangkalan di Cupertino itu mungkin perlu menjenamakan semula produk berkenaan untuk pasaran China.

Berkaitan

  • Apple Vision Pro - Cip M2, Paparan 23 Juta Piksel Dengan Harga ~RM16,000
  • VR Meta Diguna Untuk Beraktiviti, Sosial Tapi Vision Pro Hanya Duduk Saja - Zuckerberg
  • Gurman: Model Apple Vision Mampu Milik Mungkin Hadir Seawal 2025

Menurut laporan, Huawei terlebih dahulu telah mendaftar tanda dagang “Vision Pro” di China, pada 2019. Berdasarkan permohonan paten dengan nombor pendaftaran 38242888, Huawei mempunyai hak eksklusif bagi penggunaan tanda dagang tersebut bermula 28 November 2021 hingga 27 November 2031.

paten huawei vision pro

Tanda dagang berkenaan difailkan di bawah produk dan perkhidmatan, TV LCD, set kepala VR, radio dan lain-lain.

Mengambil kira China merupakan salah satu pasaran terbesar Apple, terdapat kemungkinan besar Apple perlu menjenamakan semula produk tersebut secara khususnya di China.

Untuk rekod, Apple Vision Pro akan dijual untuk pasaran Amerika Syarikat bermula tahun depan, manakala untuk pasaran lain, termasuk China belum diketahui bila ia akan tersedia.

Sumber: Huawei Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY