Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
zuckerberg apple vision

VR Meta Diguna Untuk Beraktiviti, Sosial Tapi Vision Pro Hanya Duduk Saja – Zuckerberg

Diterbitkan Jun 9, 2023 · Dikemas kini Jun 9, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Mark Zuckerberg dalam perjumpaan bersama kakitangan Meta memberi komen tentang acara WWDC 2023 dan Apple Vision Pro yang baru dilancar tempoh hari.

apple vision pro visionos

Seperti kita tahu, Meta sejak sebelum namanya Meta sudah pun mengeluarkan peranti VR melalui jenama Oculus. Peranti ini sekarang dinamakan Meta Quest.

Meta Quest 2 & Quest Pro VR Headsets Get Price Cuts - VRScout

Kata Zuckerberg, apa yang dilakukan Apple melalui Vision Pro bukanlah ajaib kerana Meta sudah pun menerokainya sebelum ini.

Apple Vision Pro gunakan paparan dengan resolusi lebih tinggi dan dengan bermacam lagi teknologi, kosnya 7 kali ganda lebih mahal serta perlukan lebih banyak kuasa, jadi ia perlukan bateri dan wayar, tambah Zuckerberg.

Meta Quest 2: Meta fixes an annoying problem but hides the option

Bagi beliau, visi dan nilai dibawakan Meta dan Apple melalui Quest dan Vision Pro sangat berbeza.

Dengan jualan Quest mencecah puluhan juta, Meta telah memastikan produknya mudah didapati serta berpatutan, tambah Zuckerberg.

apple vision pro bateri

Beliau menegaskan bahawa asas kepada metaverse dan Quest ialah sosial. Ia tentang manusia yang berinteraksi dengan cara baru dan lebih rapat.

apple vision pro visionos - 33

Peranti Meta seperti Quest adalah untuk digunakan ketika beraktiviti. Tetapi, demonstrasi Apple Vision Pro hanya tunjukkan penggunanya duduk saja atas sofa sendirian, kata Zuckerberg.

apple vision pro visionos

Our device is also about being active and doing things. By contrast, every demo that they showed was a person sitting on a couch by themself.

“Ia boleh menjadi visi masa depan perkomputeran tetapi bukan yang saya mahu,” komen Zuckerberg.

Beliau melihat Vision Pro ialah cara Apple bersaing dengan Meta dan dia menzahirkan rasa teruja dengan perlumbaan ini.

Berkaitan

  • Meta Quest Pro, Peranti VR Yang “Tidak Mahu” Anda Main VR
  • Kongsi Akaun Netflix: Ini Jawapan Pada Kekeliruan Tentang Peraturan Baru Netflix
  • Rasmi, Ini Antara Yang Diumumkan Dalam iOS 17
  • Apple Vision Pro - Cip M2, Paparan 23 Juta Piksel Dengan Harga ~RM16,000
  • Ini Senarai Model iPhone Yang Akan Terima Kemas Kini iOS 17

Sumber: The Verge

Gambar utama: Cnet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY