Apple Terus Kuasai Pasaran Tablet, iPad Air (2020) Masih Dicari Ramai

International Data Corporation (IDC) telah mengeluarkan statistik terkini untuk pasaran tablet bagi suku pertama (Jan-Mac 2022) dan seperti biasa, ia dikuasai kukuh oleh Apple.

Sekali lagi, seperti biasa, tempat kedua diikuti oleh Samsung. Bercakap soal tablet saja, dua jenama ini tidak dapat untuk disisihkan daripada perbualan.

Apple menguasai pasaran dengan 32% dituruti Samsung 22% dan Amazon dengan hanya 10%.

The iPad (2021) and iPad mini were the world's best-selling tablets in Q1

Tiga iPad terbaru yang dilancarkan tahun lepas berada di tempat tiga teratas manakala model Air yang dilancarkan pada 2020 tidak disangka-sangka masih menduduki carta 5 teratas ini.

Hanya pada tempat ke-4 barulah muncul peranti Android daripada Samsung iaitu Galaxy Tab A8 (2020).

Galaxy Tab A7 Lite dan Galaxy Tab S7 FE antara model yang laku namun masih tidak mampu menyaingi iPad untuk pasaran global bagi menduduki carta ini.

Tempat ketiga antara jenama pula sering direbut antara Lenovo dan Amazon namun kali ini masih kekal milik Amazon.

Baca juga: