Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tablet pixabay

Apple Nombor Satu Dalam Pasaran Tablet Dunia

Diterbitkan November 2, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Sejak pandemik bermula, permintaan terhadap peranti seperti komputer dan tablet semakin meningkat kerana tuntutan bekerja dan belajar dari rumah. Kerajaan dari seluruh dunia menerusi belanjawan mereka turut membelanjakan banyak wang membeli peranti untuk menyokong pembelajaran jarak jauh.

IDC dalam laporan terbaru mereka untuk suku ketiga tahun ini mendapati penjualan tablet seluruh dunia mencapai sehingga 42.3 juta unit, menurun sebanyak 9.4% buat kali pertama sejak pandemik bermula. Bagaimanapun, iPad mengalami peningkatan di sebalik keberadaannya dalam pasaran tablet yang semakin menguncup.

 

idc market tablet 2021

 

Penghantaran iPad pada suku ketiga meningkat sebanyak 4.6% berbanding tahun lalu dan meletakkan Apple sebagai pemegang pasaran tablet terbesar iaitu sebanyak 34.6%. Di tempat kedua pula ialah Samsung dengan 17.7% pegangan pasaran dan Amazon di tempat ketiga (11.1%) namun kedua-duanya mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.

Walau bagaimanapun, Apple menjangkakan pengeluaran iPad tidak akan meningkat untuk suku keempat ini disebabkan kekurangan bekalan. Selain itu, laporan lain turut mengatakan Apple akan mengutamakan pengeluaran iPhone berbanding iPad kerana sumbangan jualannya pada Apple yang sangat besar.

Walaupun permintaan terhadap tablet semakin menurun namun penggunaannya dalam beberapa bidang seperti logistik, kesihatan dan perbankan diramal akan kekal kerana kesan pandemik yang telah mengubah gerak kerja harian dalam bidang-bidang tersebut.

Sumber: International Data Corporation (IDC)

Baca juga:

  • Pendaftaran Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia Dijangka Bermula Suku Kedua 2022
  • Imej Komputer Samsung Galaxy Tab S8 Ultra Dikongsi, Bezel Nipis Tapi Ada Takuk
  • Cara Memasukkan Jalan Yang Tiada Pada Paparan Google Maps

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY