Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Tan Sri Annuar Musa berkata kumpulan pertama menerima tablet program PerantiSiswa Keluarga Malaysia dijangka pada minggu kedua bulan Jun.
Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada proses penghantaran pembida-pembida tablet yang dipilih.
Menurut Annuar, pelaksanaan pertama dirancang selepas 30 hari dari tarikh permohonan manakala pelaksanaan kedua ialah pada bulan Ogos iaitu 60 hari selepas proses permohonan bagi yang membuat permohonan lewat dan juga kes rayuan.
Terdahulu, permohanan bagi program bantuan PerantiSiswa dibuka mulai 15 April dengan peruntukan RM450 juta yang melibatkan tempahan 350,000 unit peranti.
Annuar juga berkata bahawa tablet yang dipinjamkan nanti hadir lengkap dengan aksesori termasuk papan kekunci.
Dilaporkan setelah mendapat maklum balas dari sekumpulan pelajar yang telah terlibat dalam pelaksanaan ‘trial‘, K-KOMM memutuskan adalah lebih baik untuk memberikan tablet yang berkualiti tinggi berbanding laptop yang berkualiti rendah setelah mengambil kira faktor kos.
Tambahnya lagi, jenama dan pembekal bagi tablet PerantiSiswa akan diumumkan minggu depan.
Pemberian peranti di bawah program PerantiSiswa akan dimanfaatkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma, diploma lanjutan, serta ijazah sarjana muda.
Sumber: BERNAMA
Baca juga: